Wednesday, February 13, 2013

.:: hati yag berduka ::.

Assalamualaikum my dear blog ^^

Allah~ lama sungguh xmenjenguk sahabat2 blog... banyak pengisian blog dari sahabat2 aku. #jeles okeyy =)
aku sebenarnya tak da skill menulis, but i love it. *_*  sekian lama tinggal kan mydear nih, bersawang sudah.. maaf lah mydear.. i have a lot job to settle kan.. kesibukan melampau-lampau bila dah join some program.. sampaikan nak uruskan diri pon terkial-kial..

Alhamdulillah.. nasib masih ingat lagi posward blog nih. ( aku memang pelupa sikit bab pasword ) ^^,
how about now??? Ohh!! my dear~ i'm soryy again and again.. ==' because this sem i'm very busy with the kuliah and program.. ottokea?? T_T .. i cant imagine for this sem, how the day will ruin? cepatlah masa berlalu.. i dont want to face it again =( No!! bukan menyalahkan takdir, but i feel i'm not strong enough.. i'm very sensitive with some thing.. hurmm.. i'm weak.. i'm scary to hold it. but, ottokea? aku kena jugak tempuh segala dugaan ini. ya Allah, kuatkanlah aku =')

serba sedikit nak cerita pasal awal2 sem nih :) ( entah ada orang baca ke tak kan? ) xkisahlah..
okey, for this sem, i'll take more credit hour than previous sem.. dalam 19ch.. bagi org yg hebat, memang xkisah dengan angka ni. but, i'm worry you know.. ye lah, sem nie, adalah sem paling menakutkan bagi aku. subject banyak, handle program lagi, nak menghafaz lagi.. ya Allah, semoga aku kuat =')

bukan mengeluh, hanya nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati. moga2 Allah permudahkan segala urusan.. orang kata, bila kita pikir sesuatu tu sebagai susah, memang akan jadi susahlah. tapi, bila pikir sesuatu tu dengan kata kan ia senang, in shaa Allah, ia akan jadi lebih mudah.. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku..

banyak lagi benda yang aku perlu belajar.. ini baru permulaan.. permulaan yang sangat menyakitkan.. memang, segala yang terjadi ada hikmahnya.. and Allah yang lebih tahu kan? tapi, terkadang hati kita tak kuat untuk menepuhi segala ujian yang di beri.. Allah sedang uji aku.. semoga aku tabah. Ameen~
Allah hantarkan kepada aku teman-teman... ada teman yang menguji hati dan emosi kita.. ada juga teman yang memberi kekuatan kepada kita, ada juga teman yang kadang-kala tidak endah dengan kehadiran kita..

mungkin ini ujian aku.. Allah datangkan kepada aku sahabat2 untuk menguji kekuatanku.. walau pun ada yang melukakan hati aku tanpa mereka sendiri tahu, aku tetap menyayangi mereka.. kerana, mereka tetap kawan aku.. kadang2 kita perlu teman yang begitu, untuk menyedarkan diri kita akan kelemahan kita.. dengan cara itu, Allah tegur kita sebenarnya..

tak mengapalah kalau, hari ini aku berduka.. in shaa Allah berkat kesabaran aku, madunya akan tiba jua..







" bukan aku pinta untuk menjadi begini,
mungkin takdirMu yang menentukan aku disini,
berilah aku kesabaran yang tinggi,
supaya aku dapat merasai manisnya di akhir nanti "

Wednesday, September 5, 2012

.:: i'm back~ ::.

Assalamualaikum~

belum abes raya lagi kan? ehemm Selamat Hari Raya~ maaf zahir batin ^___^
ehemmm... lamanya xupdate blog. bila time ada idea, malas nak update. bila dah xde idea. baru rasa nak jengok-jengok blog kesayangan aku nih. hehehe.. bersawang sudah~

bytheway, semenjak akhir-akhir nie, banyak perkara yang berlaku. baru-baru ni aku and parents accident kt Shah Alam. Alhamdulillah semua okkey, cuma aku ja yang cedera. but, kereta aku teruk gila. bengang je dengan pemandu van tuh. ada ke kata kita yang langgar dia? senget dah otak tu. dia langgar kita, dia yang laju, nak salahkan orang. ha~ memang patotlah tangan kau berbalot. xcukup lagi aku patah kan terus. bengang~ hurmm.. aku bersalah. bersalah kt ummi and abah. kesian kat dorang. ya Allah, Engkau peliharalah mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani dan menjaga aku dan anak2 yang lain ketika kami kecil hingga sekarang. semoga Allah membalas jasa mereka. ameen~

flashback sedikit tentang kemalangan. 1Sept.2012. 12.30pm lebih2. ummi yang sedang memandu nak masuk simpang, tengah slow ok. tiba2 dumm!!! van dari belakang laju merempuh kereta honda ummi. xsempat mengelak, maka tersadailah kami di atas kaki lima masjid Shah Alam, dan merempuh dinding pagar masjid tu. aku dalam kereta tersentak, sekelip mata terperosok di lantai kereta. terhentak and tersepit di antara seat driver and seat belakang. terasa sempit dada, waktu tu terasa dunia berpusing, aku separa sedar, hampir pengsan. but pelukan ibu itu seperti 1kuasa magic yang menenangkan. aku ditenangkan ummi, di ajar mengucap, dan untuk beberapa minit, aku kembali normal. tapi, kesakitan masih terasa. saat tu aku rasa nyawa aku hampir di cabut, terasa di awang-awangan. Alhamdulillah, Allah give me breath for second time. Thankfull to Allah that give me a chance.

syaitan tu jahat. sebelum hari kejadian, aku bergaduh emosi dengan seseorang. emosi aku memang xstabil waktu tu, then terdetik di hati aku ' kalau aku exident, dia ingat aku x? " dann.. dan.. dan.. benda itu berlaku. jahatnya aku~ jahatnya emosi aku~ jahatnya syaitan!!! kenapa? kenapa? kenapa mesti parents aku terlibat? jika ini dosa aku, biarlah aku yang kena bersendirian. mungkin ini sebab dosa aku, sebab tu aku ja yang cedera. mungkin. ya Allah, ampunkan segala dosa ku~

untuk dia : maafkan aku kerana menjadi punca kita jadi macam ni. aku tak mengharapkan kita bermusuh, tapi aku cuma nak tau apa yang ada dalam hati ko. memang sebelum ni, aku tak serius tunggu ko, tapi aku hairan. kenapa bila ada yang berkawan dengan aku, tak pernah menjadi, xpernah serius, semua undur diri, atau aku yang tolak. buat pengetahuan ko, dah ada pun orang tanya tentang aku, tapi aku berat hati untuk terima. mungkinkah sebab ada sedikit rasa dalam hati ni untk ko? mungkin hati ini masih ada sayang yang tersisa. MUNGKIN. tapi, bila semua ni berlaku. aku cuba terima. aku cuba buat macam xde apa2 berlaku. but ko? ko semakin jauh~ jauh dari aku. sekarang, aku ikot rentak ko, aku xnak jadi perigi yang mencari timbanya. ye~ aku terima hakikat semua ni, tapi aku perlu ambil masa. aku tau, ko pon perlu take time dengan semua tu, dan aku janji, aku janji aku xakan ganggu hidup ko dah.




" ku mencari CINTA yang diredhoi oleh Allah...
  jadi, aku lepaskan dia kerana Allah...
  dan mencintaimu dari jauh dalam sudut hati ni...
  dan aku berdoa semoga Allah menjaga mu untuk aku... "

Monday, July 9, 2012

.:: disebalik rahsia pantang-larang orang dulu-dulu ::.

Dengan NamaMU ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

pernah dengar pantang-larang dari mak cik-makcik anda? ibu-ibu anda? atau atok nenek anda? aku rasa paling terkenal pantang-larang untuk budak-budak perempuan, bila tengah masak kat dapur, tak boleh menyanyi. betul x?? betul x?? sebab diorang kata kalau nyanyi waktu masak nanti dapat suami tua. hahahaha... aku nih selalu sangat kena sound. sebab antara hobi aku adalah nyanyi waktu bila2 aku rasa nak nyanyi lah. so, di sebabkan aku anak perempuan, memang dapur lah tempat aku selalu. kadang2 tengah basuh ikan ke, basuh sayur ke, menumis ke, mesti mulut aku nie menyanyi2 apa yang terlintas kat kepala. xlama tu ada la suara yang ingatkan .. " ha, nak dapat suami tua ke yang menyanyi2 tu? " amek kau! senyap terus aku . haha. tapi bila dah makin besar ni, aku terpikir pulak. betul ke pantang larang tu? macam xlogik pon ada. pikir punya pikir, rupanya ada rahsia di sebalik pantang larang orang dolu-dolu nih. nak tau apa? jom tengok, betul x anali aku? muahahaha..



Rahsia di sebalik pantang larang.

1) jangan menyanyi kat dapur waktu masak, nanti dapat suami tua.
= sebenarnya, takot masakan tu hangit. sebab tu xbagi menyanyi, nanti leka and syoq2 menyanyi, tau2 ikan hangit. itu lah sebenarnya. setuju?? ^^' xsetuju dok diam! haha

2) jangan pakai inai waktu siang, nanti nampak dek ayam inai tu xmerah. 
= hakikatnya, xbagi pakai inai siang2 sebab nanti banyak alasan atau malas untk buat kerja rumah. right??

3) jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular datang.
= ada ke patot ular datang kalau bukak payung dalam rumah? sebenarnya, xnak bagi rumah tue semak dengan payung-payung tu bagai. haa.. kan3? 

4) jangan pijak nasi ( yg tumpah ) nanti kaki kena ketuat. 
= sebenarnya, mana elok kita pijak2 makanan, iye je tumbuh ketuat. huhu. 

5) jangan makan dalam periuk/minum dalam jag, nanti waktu kenduri kawen hujan lebat.
= sebenarnya, mana la elok anak2 dara makan dalam periuk atau minum dalam jag, xsenonoh namanya. saja nak takut2 kan org perempuan supaya nanti kenduri dia cuaca baik. 

* nie lah serba sikit pantang larang nye. yang mana sebenarnya xmenggalakkan budak2 buat perangai xsemenggah mcm tu. hehehe.. 

Saturday, June 30, 2012

.:: kerana kamu ::.


Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


kerana kamu ...


aku sering tersenyum,
terkadang marah menguasai,
serius seketika buat penawar hati,
tetapi tertawa kemudiannya ...


kerana kamu...


apabila berjumpa umpama anjing dan kucing,
pertelingkahan sering berlaku,
sindir, perli, tidak lekang dari kami,
namun ...
ketawa juga yang mengakhiri ...


tika sepi engkau menjelma,
tika keseorangan engkau muncul menjadi teman,
tapi, itu hanya seketika, 
kerana masih ada yang lebih memerlukan ...


kerana kamu...


datang tanpa menjemput,
pergi tanpa di suruh,
adakah aku hanya tempat persinggahan?
ataukah hanya ingin di permainkan?


dalam sunyi, dalam sepi,
hati kecil ini merindui,
mengharap pada yang tak pasti,
dan menjadikannya ia realiti ...




" tingkahlaku mu menghiburkan, 
tiada lakonan darimu,
membuatkan aku ingin berdamping denganmu,
walau ia tak mungkin berlaku "



- kerana kamu -

Thursday, June 21, 2012

.:: temanku the best! ::.

Assalamualaikum w.b.t




Ya Allah, rindunya kt kawan2. kawan2 waktu kecik2 dulu, hehe kalau ingat, nak tergelak pun ada. sebab kawan dengan budak laki. huhu. kawan dengan budak perempuan waktu sekolah je. haha. pasti umo 6tahun dulu. tak terjumpa pulak kawan2 lama ni, kat facebook pun xada. semoga mereka dibawah Rahmat Allah.

Tapi, kawan2 yang waktu darjah 1 dulu memang still contact. Alhamdulillah hubungan kami still rapat. sebabnya, aku darjah 1 sampai tingkatan 3 aku sekolah yang sama. so, kawan2 pun masih yang sama. tapi, bertambah dan berkurang setiap tahun. ada yang keluar sekolah, ada juga yang baru masuk. paling aku rapat waktu kecik sampai besar dengan Siti Sara dan Nur Afiqah, lepastu bila naik menengah kawan aku mula jadi lawan, entah kerana apa? hee..kalau korang nak tahu, dulu aku keluar sekolah sekejap waktu drjah3. aku pergi ke Tahfiz. hehe dan aku mempunyai sahabt yang sangat baik, nama dia Musfirah Binti Roshaimi. sampai sekarang aku tak jumpa dia =,= sedihnya. lama sangat xjumpa. rindu sangat2.


bila aku berpindah sekolah, aku paling takot nak tinggalkan sahabat2 aku di sekolah lama. aku takot aku xdapat teman2 yang sebaik sahabat2 aku yang lain.tapi, perasaan aku meleset, tatkala aku berpindah sekolah baru. Alhamdulillah, kawan2 kat situ baik2 belaka. suka sangat kawan dengan diorang :) dan aku ada kawan baik. kadang2 kami macam kembar. nama dia Nurul 'Atiqah Mokhtar. pernah gaduh sekejap dulu. bila pikir2 zaman xmatang, nak tergelak je. hee..


Bila habis sekolah, facebook mula berkembang, saat inilah aku amek kesempatan untuk berhubung kembali dengan kawan2 lama aku. Alhamdulillah, aku mula bersahabat kembali. walaupun sudah lama aku xberhubung, jarak dan masa tu tak pernah menghalang kami untuk rapat kembali. senang hati bila kawan2 mula ramai. dan prihatin sangat dengan aku. terutama Hanis Othman dan juga Anees Adleena. syukran semua.


Ramai kan kawan2 aku. serius aku sayang sangat dengan diorang. bila dah mula belajar di UIA, aku pun banyak kawan2. ada yang rapat, ada yang tak. kwn yg paling rapat dari mula orientasi kt PJ sampai sekarang pun ada.. xpenah lost contact, aku n kwn2 panggil dia cik wangi, sebab nama dia Izzatul 'Athirah Wahid Zukni, panggil cik wangi sebab nama 'Athirah, brmksud yang wangi. heee.. ramai lagi kwn2 aku yg rapat. tapi, aku hairan. orang yang aku rapat ni lah selalu sangat nak gaduh. yang selalu gaduh dengan Nurul Atikah Poniran and Saiyyidah Nafisah Hassan. memang selalu sangat gaduh, dari CFS sampai lah ke Gombak nih. walaupun kami selalu gaduh, tapi aku tahu kami sentiasa caring each other. mungkin memory ni yg akan kami ingat bila masing-masing bawak haluan sendiri. :) 


Alhamdulillah, bila berpindah di Gombak pula, aku mula rapat dengan roomate aku. ada junior jugak. diorang memang best :) thanx korang sebab luang masa dengan aku, tolong aku, belanja aku. espclly Syazwani Zamri. hee.. sayang korang. lepas nie, duduk bilik baru. kawan pun baru lah kan? semoga mereka baik2 je. hee..

okeylah, time to sleep~ selamat malam semua.

aulia said: 
" bersahabatlah dengan kejujuran, andai itu yang membawa kita kepada kebahagiaan "
-aulia Love Him -

Wednesday, June 20, 2012

.:: syukur hanya padaNya ::.

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah 'ala kullihal.. agak2 dah 2 minggu aku cuti, dan tak ada apa2 aktiviti lagi buat masa ni. Cuma plannye aku nak amek lesen. hee ^__^ abah dan ummi dah survey semua tempat institut memandu kat kawasan2 berdekatan ni. so, aku cuma bersedia je. hehe . Oh! tapi ada 1benda yang aku tengah pikir, nak ke xnak? jadi Committee Convest di UIAM, cadangnya memang nak! tapi, disebabkan aku nak amek lesen, lepastu nak jadi committee? hurm, dilema~ sebab aku nie jenis buat kerja focus satu2, maksodnya aku xsuka buat 2keje dalam 1masa. Sebab tu kalau ada assignment, aku dapat je terus cari bahan. tapi, kadang2 orang lain himpun dulu semua tugasan tu, baru carik bahan. Oh! not me okkey? aku xsuka. takut xboleh bagi commitment yang sebetulnya. lagi pun, ummi abah aku mesti xbagi jugak. xpe lah, bukan rezki aku lagi kot?


okeylah! malas nak cerita panjang2, sekarang aku cuma nak fokus pada LESEN!! yeay~ hehe. nak diceritakan, hari ni jugak aku dapat result final. Alhamdulillah aku ucapkan. Syukur hanya pada Allah. sebab apa-apa pun yang terjadi, kita hanya mampu berserah pada Allah. Alhamdulillah again, aku bersyukur walaupun bukan Dean List, tapi syukur lah Allah memberi kejayaan kepada aku. semoga aku dan sahabat2 serta semua sentiasa berjaya dunia akhirat jugak. i.Allah~


Ingatlah kalian~ Ilmu bukan pada Pointer, tetapi Ilmu itu diukur pada tahap pengamalan seseorang. Ilmu itu diukur apabila kita berhadapan dengan masyarakat. Ilmu itu juga diukur pada tahap keperibadian dan akhlak kita. ketahuilah, sesungguhnya Ilmu yang manfaat itu lebih bernilai dari segalanya.. 


kata semangat dari aulia :
" berusahalah untuk mendapat kedudukan tinggi di mata ALLAH, bukan kedudukan tinggi di mata MANUSIA, kerana manusia itu tidak pernah senang dengan kesenangan temannya sendiri "



Friday, June 15, 2012

.:: i'm back ::.

Assalamualaikum w.b.t


aku kembali! yeay~ bebas dalam dunia ku sendiri. haha. nampaknya lama juga tak update blog kesayanganku ini. ye lah, hidup sebagai pelajar seringkali tidak mengizinkan aku untuk mengupdate blog ni, apa lagi menjengah. Buat masa ni, UIAM sedang bercuti semester bermula sabtu yang lepas, dan hari ini baru lah aku dapat mencoret-coret buat meluangkan sedikit waktu untuk idea aku yang tidak sempat-sempat  nak merembes ni. huhu. ntah apa la yang aku merapik kan? 


Alhamdulillah, 3minggu yang lepas aku meniti hari dan melalui peperangan di Universiti aku. ntah apa la keputusannya nanti? aku hanya mengharap yang terbaik sahaja. I.Allah. mohon doa dari kalian ye? semoga keputusan aku setimpal dengan usaha aku selama ini. 


Bermulanya cuti aku tanpa apa-apa agenda, plannya berderet-deret, tapi 1pun belom jalan. nampaknya kalau cuti aku yang 3bulan ni tidak ada apa-apa aktiviti, memang mati kebosanan lah aku.. huaaarrrggg~ (^O^)  eh? jeles ke aku cuti 3bulan? nak buat macam mana memang cuti aku lama pon? hehehe. mula-mula memang seronok kot, tapi bila dah seminggu cuti tanpa apa-apa plan, memang rasa nak belajar pulak. haa, inilah tanda manusia yang tidak berapa bersyukur. hehe. aku lah ni. 


agak-agak kalau cuti lama, boleh ke setiap hari aku update? ntah-ntah nak jengah pun tak ada masa. adoiy~ ye lah, nama ja cuti panjang, tapi aku jugak lah suri rumah sepenuh masa. memang cukup pakej, cuma tak ada husband je. haha. oh! nampaknya aku kena cari plan semoga aku tidak lah menjadi suri rumah. hehe. ehh2, bukan aku mengelak, tapi sakit kepala aku di buatnya dengan anak-anak orang nih. adoiy laa. nanti lama-lama aku jadi boring. pastu nanti aku tak kahwin pulak? haha (over x sampai xkawen? sape lah nak kt aku. kuikuikui)


di harapnya, semoga cuti ni aku manfaatkan sebaiknya. sapa tengah cuti?? jom kongsi apa aktiviti anda di rumah? sambil-sambil boleh cadangkan aku apa aktiviti yang best. heee.. ^__^


aulia said : masa itu harta yang paling berharga, maka gunakan ia sebaiknya. syukran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...