Wednesday, August 17, 2011

Tanggal 17 Ramadhan

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





sedar xsedar...dah setengah bulan kita berpuasa.. harap2 semua dapat rahmat dan berkat pd bulan nie...tapi, apa yang aku rasa...bagi aku, ramadhan kali nie paling hambar..
kenapa eh? aku pon xtau..xbanyak benda aku dapat buat..mungkin kali nie puasa kt rumah kot...
ramai yang suka puasa kt rumah berbanding hostel...
aku pon mcm dorang jugak..tapi, bila dah berpengalaman...aku rasa baik puasa kat hostel brbanding rumah....bukan sbb apa, kt rumah xda feel nk buat amalan..xde suasana yg best...
ini d sebabkn aku kena jadi suri rumah, mungkin korang kata itu bukan alasan..memang pon..
tp suri rumah aku merangkap jaga anak orang kot...tensyen nak mati!!!!!
rasa nak mati pon ada..dari jaga budak2 tue..
dorang ingat aku nie baby sitter ke ape??? sampai tengah malam aku nak jaga..
semua aku..itu aku..ini aku..sana aku..sini aku...
serius aku tensyen...biar lah lepas nie aku puasa dekat hostel dari kt rumah...
balik rumah jarang2 okey jugak...

tapi, dah setengah Ramadhan nie...
aku harap sangat2 diri aku berubah..tolong!!! aku xinginkan semua nie!!!
aku nak perubahan..macamana eh?? 

Tanggal 17Ramadhan 1411 brsamaan 2 April 1991
tlh lahir seorang bayi perempuan..d beri nama bintu sakhir...^____^
klo ikotkan taon hijrah..umur aku dah 21...
tapi, klo ikotkan taon masihi..umur baru 20...hehehe..
ya Allah..dengan pertambahan umurku ini, semoga aku dapat berbakti kepada kedua Ummi dan Abahku..
semoga aku menjadi anak yg solehah,semoga aku menjadi hamba Allah yg muttaqin,sobirin,syakirin dan seangkatan dengannye...
اللهم اجعلني من أهلي الجنة بغير حساب
اللهم اجعلني من عبادك الصالحين 
اللهم اجعلني من بنت الصالحة 
اللهم اجعلني من طالبة النجاحة
آمين
ya Allah..semoga Engkau permudahkan segala urusanku..ameen ya RObb..

tapi.....
pada malam Jumaat tanggal 17Ramadhan pd tahun ke41 dripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
di gua hira' .....telah turun Al-quran pd hari tersebut sebagai mu'jizat Rasulullah..

" Ramadhan yg padanya d turunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah" 
(surah al-baqarah: 185)


Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1

Nama-Nama Lain:
Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.  
Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.  

Kehebatan al-Quran:

1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.

7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2

8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.    

Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.
Ramadan 1430 September 2009


- semoga pengakhiran Ramadhan akan memberi kebaikan kepadaku dan semua teman2-










2 comments:

  1. as-saLam auLia ..
    kak fara mmg suka sgt dgn nama auLia .. pernah berangan kLu ada anak perempuan nanti nak bagi nama auLia :) ni reaL name ke ? .. n .. kak fara pun Lahir masa nuzuL quran !! yayy we got d same bday date :) saLam ukhuwah ye :)

    ReplyDelete
  2. wkmslam kak fara..
    yup..sye pon suke sgt ngn name nie..juz nick name..heee..sme je angan2 kite..hehehe..yup..same bzday..laen taon je..heee..salam ukheah juga..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...