belum abes raya lagi kan? ehemm Selamat Hari Raya~ maaf zahir batin ^___^
ehemmm... lamanya xupdate blog. bila time ada idea, malas nak update. bila dah xde idea. baru rasa nak jengok-jengok blog kesayangan aku nih. hehehe.. bersawang sudah~
bytheway, semenjak akhir-akhir nie, banyak perkara yang berlaku. baru-baru ni aku and parents accident kt Shah Alam. Alhamdulillah semua okkey, cuma aku ja yang cedera. but, kereta aku teruk gila. bengang je dengan pemandu van tuh. ada ke kata kita yang langgar dia? senget dah otak tu. dia langgar kita, dia yang laju, nak salahkan orang. ha~ memang patotlah tangan kau berbalot. xcukup lagi aku patah kan terus. bengang~ hurmm.. aku bersalah. bersalah kt ummi and abah. kesian kat dorang. ya Allah, Engkau peliharalah mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani dan menjaga aku dan anak2 yang lain ketika kami kecil hingga sekarang. semoga Allah membalas jasa mereka. ameen~
flashback sedikit tentang kemalangan. 1Sept.2012. 12.30pm lebih2. ummi yang sedang memandu nak masuk simpang, tengah slow ok. tiba2 dumm!!! van dari belakang laju merempuh kereta honda ummi. xsempat mengelak, maka tersadailah kami di atas kaki lima masjid Shah Alam, dan merempuh dinding pagar masjid tu. aku dalam kereta tersentak, sekelip mata terperosok di lantai kereta. terhentak and tersepit di antara seat driver and seat belakang. terasa sempit dada, waktu tu terasa dunia berpusing, aku separa sedar, hampir pengsan. but pelukan ibu itu seperti 1kuasa magic yang menenangkan. aku ditenangkan ummi, di ajar mengucap, dan untuk beberapa minit, aku kembali normal. tapi, kesakitan masih terasa. saat tu aku rasa nyawa aku hampir di cabut, terasa di awang-awangan. Alhamdulillah, Allah give me breath for second time. Thankfull to Allah that give me a chance.
syaitan tu jahat. sebelum hari kejadian, aku bergaduh emosi dengan seseorang. emosi aku memang xstabil waktu tu, then terdetik di hati aku ' kalau aku exident, dia ingat aku x? " dann.. dan.. dan.. benda itu berlaku. jahatnya aku~ jahatnya emosi aku~ jahatnya syaitan!!! kenapa? kenapa? kenapa mesti parents aku terlibat? jika ini dosa aku, biarlah aku yang kena bersendirian. mungkin ini sebab dosa aku, sebab tu aku ja yang cedera. mungkin. ya Allah, ampunkan segala dosa ku~
untuk dia : maafkan aku kerana menjadi punca kita jadi macam ni. aku tak mengharapkan kita bermusuh, tapi aku cuma nak tau apa yang ada dalam hati ko. memang sebelum ni, aku tak serius tunggu ko, tapi aku hairan. kenapa bila ada yang berkawan dengan aku, tak pernah menjadi, xpernah serius, semua undur diri, atau aku yang tolak. buat pengetahuan ko, dah ada pun orang tanya tentang aku, tapi aku berat hati untuk terima. mungkinkah sebab ada sedikit rasa dalam hati ni untk ko? mungkin hati ini masih ada sayang yang tersisa. MUNGKIN. tapi, bila semua ni berlaku. aku cuba terima. aku cuba buat macam xde apa2 berlaku. but ko? ko semakin jauh~ jauh dari aku. sekarang, aku ikot rentak ko, aku xnak jadi perigi yang mencari timbanya. ye~ aku terima hakikat semua ni, tapi aku perlu ambil masa. aku tau, ko pon perlu take time dengan semua tu, dan aku janji, aku janji aku xakan ganggu hidup ko dah.
" ku mencari CINTA yang diredhoi oleh Allah...
jadi, aku lepaskan dia kerana Allah...
dan mencintaimu dari jauh dalam sudut hati ni...
dan aku berdoa semoga Allah menjaga mu untuk aku... "