wahh~ pagi-pagi macam ni aku dah boleh update blog?? haha..itu tanda nya aku tak tido. di sebabkan menghabiskan tugasan dan tanggungjawab sebagai pelajar, lebih direct is aku buat assignment yang tak habis-habis lagi. di sebabkan boring+mengantuk, aku pun bukak lah blog yang sekian lama tidak berupdate dan tidak terurus ni. huhu...orite, back to the title. .:: Ujian itu Tarbiyyah Allah ::.
nak tau tak kenapa aku buat tajuk tu? baru-baru ni aku ada melawat orang bersalin, dan ini adalah anak yang ke7, tapi 6tahun lepas anaknya yang keenam telah meninggal pada umur 2tahun setengah. Ujian pertama.
ok, untie ni baru bersalin secara pembedahan, seriusly aku first time melawat orang bersalin ni. waktu kakak ipar aku bersalin, selalunya aku tak cuti. huhu.. okey, berbalik pada cerita. first aku sampai di katilnya, sebak+bergenang air mata aku seketika, tetapi aku cuba tahan supaya tiada siapa perasan. lama di situ, mula tanyakan si baby. ayahnya bagitau baby di ICU, jantina xdapat di pastikan dan kemungkinan sindrom, namun hati-hati kami cuba berdoa supaya ia tidak terjadi. ya Allah!! ujian apakah ini? Ujian kedua.
kami cuba untuk kurangkan kesakitan untie dengan mengurut-urut kaki dan tangannya. untie cakap : " tak ada apa-apa persiapan pun untuk baby, event his name" dan mukanya mula merah dan sebak. ummi and mak cik ku cuba tenangkan dia. kami hanya boleh bantu dengan kata-kata dan doa. ummi cakap: " cik, doalah banyak-banyak semoga di permudahkan semuanya, Allah sayang cik sebab tu Dia bagi ujian ni kt cik. banyakkan bersabar dan berdoa" aku mula bergenang dan sebak, seriusly i'm very touching. dan aku nampak air mata bergenang di tubir mata untie tu. serius, sekarang, ketika aku taip post ni pon aku sangat2 sebak.
about her family. anak sulongnya sekarang sedang menjalani latihan di kem tentera, yang kedua dan ketiga mungkin bekerja,keempat sedang belajar, dan akan menduduki SPM this year,kelima pun still belajar dan akan menduduki PMR,kelima meninggal, and the latest is baby. bukan aku nak buka aib orang atau fitnah, tapi cuma pengajaran buat diriku dan teman-teman yang sudi membaca artikel ni. kembali pada cerita, anak yg sulong till 3rd are boy, dan yang bawah tu semua perempuan. mereka ni agak sosial, tapi laki cara laki dan perempuan cara perempuan. tapi, parent mereka sangat baik bagi aku. marah, marah jugak. baik, baik jugak. tapi dari segi ni, aku memang nampak ujian terhadap parent tersebut. ujian ketiga. anak-anak.
nak di ceritakan, anaknye yang meninggal dunia tu perempuan, nama pun sedap, sangat baik. waktu kecik-kecik dah nampak kebaikannya, ramai yang menyayanginya...tapi, janji Allah itu pasti. Allah lebih sayang dia..tanggal Disember 2006 dia kembali pada Khaliqnya. Allah, aku sangat sedih, sebab budak ni sangat rapat dengan aku, tidak terbayang wajahnya ketika meninggal, seperti budak kecil yang sedang mengulit mimpi. Al-Fatihah. aku sangat rindukannya. hari beliau meninggal, ibu bapanya paling tidak dapat terima kenyataan itu. kami hanya menagisi pemergiannya. ujian terhadap mereka, semoga tabah ye. aku sentiasa doa untuk kamu. dan ketauhilah, syurga sudah dekat dengan kamu berdua ( parent mereka )
kini, 2012 ujian itu kembali. tetapi dengan cara yang berbeza. babynya tidak sihat. Allahumma solli 'ala Muhammad. untie ni belum lagi melihat wajah anaknya kerana selepas pembedahan baby itu terus di bawa ke wad ICU untuk pemeriksaan lanjut dan penjagaan yang rapi. semoga baby untie sihat dan akan di permudahkan segalanya untuk untie. aku cuma boleh berdoa dalam hati, tidak terkeluar kata-kata semangatku ketika aku melawat untie di hospital tempoh hari.kerana sebak yang melebihi.
dengan ini, aku mohon pada sesiapa yang membaca artikel yang tidak seberapa ini untuk mendoakan kesihatan baby dan untie tersebut. kita boleh mengubah takdir dengan doa, i.Allah jika Allah izinkan. semoga mak cik dan pak cik tabah dalam menempuh segala ujian ini, dan supaya anak-anak mereka bermuhasabah diri dan dapat berfikir dengan segala yang terjadi pada keluarga mereka.
akhir kalam, renungilah kata-kata ini. .:: Ujian itu TArbiyyah Allah, maka Redhoilah kerana disebaliknya tersembunyi 1000 hikmah ::. semoga mereka sentiasa redha dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi. pak cik, mak cik, INGAT syurga menanti anda bidadari kecil akan sentiasa menunggu anda di hadapan pintu syurga untuk membawa anda masuk ke syurga bersama dia. dan bidadari kecil itu juga akan membantu memberi minum kepada anda dari telaga al-kauthar ketika hari pembalasan nanti. semoga pak cik dan mak cik tabah, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mak cik dan pak cik.
<3 Ujian Allah manis jika kita Ikhlas <3
.:: semoga mak cik dan baby akan sihat dan lebih sihat. ameeennn i.Allah ::.
love you very much <3 <3 <3
No comments:
Post a Comment