Wednesday, February 13, 2013

.:: hati yag berduka ::.

Assalamualaikum my dear blog ^^

Allah~ lama sungguh xmenjenguk sahabat2 blog... banyak pengisian blog dari sahabat2 aku. #jeles okeyy =)
aku sebenarnya tak da skill menulis, but i love it. *_*  sekian lama tinggal kan mydear nih, bersawang sudah.. maaf lah mydear.. i have a lot job to settle kan.. kesibukan melampau-lampau bila dah join some program.. sampaikan nak uruskan diri pon terkial-kial..

Alhamdulillah.. nasib masih ingat lagi posward blog nih. ( aku memang pelupa sikit bab pasword ) ^^,
how about now??? Ohh!! my dear~ i'm soryy again and again.. ==' because this sem i'm very busy with the kuliah and program.. ottokea?? T_T .. i cant imagine for this sem, how the day will ruin? cepatlah masa berlalu.. i dont want to face it again =( No!! bukan menyalahkan takdir, but i feel i'm not strong enough.. i'm very sensitive with some thing.. hurmm.. i'm weak.. i'm scary to hold it. but, ottokea? aku kena jugak tempuh segala dugaan ini. ya Allah, kuatkanlah aku =')

serba sedikit nak cerita pasal awal2 sem nih :) ( entah ada orang baca ke tak kan? ) xkisahlah..
okey, for this sem, i'll take more credit hour than previous sem.. dalam 19ch.. bagi org yg hebat, memang xkisah dengan angka ni. but, i'm worry you know.. ye lah, sem nie, adalah sem paling menakutkan bagi aku. subject banyak, handle program lagi, nak menghafaz lagi.. ya Allah, semoga aku kuat =')

bukan mengeluh, hanya nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati. moga2 Allah permudahkan segala urusan.. orang kata, bila kita pikir sesuatu tu sebagai susah, memang akan jadi susahlah. tapi, bila pikir sesuatu tu dengan kata kan ia senang, in shaa Allah, ia akan jadi lebih mudah.. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku..

banyak lagi benda yang aku perlu belajar.. ini baru permulaan.. permulaan yang sangat menyakitkan.. memang, segala yang terjadi ada hikmahnya.. and Allah yang lebih tahu kan? tapi, terkadang hati kita tak kuat untuk menepuhi segala ujian yang di beri.. Allah sedang uji aku.. semoga aku tabah. Ameen~
Allah hantarkan kepada aku teman-teman... ada teman yang menguji hati dan emosi kita.. ada juga teman yang memberi kekuatan kepada kita, ada juga teman yang kadang-kala tidak endah dengan kehadiran kita..

mungkin ini ujian aku.. Allah datangkan kepada aku sahabat2 untuk menguji kekuatanku.. walau pun ada yang melukakan hati aku tanpa mereka sendiri tahu, aku tetap menyayangi mereka.. kerana, mereka tetap kawan aku.. kadang2 kita perlu teman yang begitu, untuk menyedarkan diri kita akan kelemahan kita.. dengan cara itu, Allah tegur kita sebenarnya..

tak mengapalah kalau, hari ini aku berduka.. in shaa Allah berkat kesabaran aku, madunya akan tiba jua..







" bukan aku pinta untuk menjadi begini,
mungkin takdirMu yang menentukan aku disini,
berilah aku kesabaran yang tinggi,
supaya aku dapat merasai manisnya di akhir nanti "

Wednesday, September 5, 2012

.:: i'm back~ ::.

Assalamualaikum~

belum abes raya lagi kan? ehemm Selamat Hari Raya~ maaf zahir batin ^___^
ehemmm... lamanya xupdate blog. bila time ada idea, malas nak update. bila dah xde idea. baru rasa nak jengok-jengok blog kesayangan aku nih. hehehe.. bersawang sudah~

bytheway, semenjak akhir-akhir nie, banyak perkara yang berlaku. baru-baru ni aku and parents accident kt Shah Alam. Alhamdulillah semua okkey, cuma aku ja yang cedera. but, kereta aku teruk gila. bengang je dengan pemandu van tuh. ada ke kata kita yang langgar dia? senget dah otak tu. dia langgar kita, dia yang laju, nak salahkan orang. ha~ memang patotlah tangan kau berbalot. xcukup lagi aku patah kan terus. bengang~ hurmm.. aku bersalah. bersalah kt ummi and abah. kesian kat dorang. ya Allah, Engkau peliharalah mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani dan menjaga aku dan anak2 yang lain ketika kami kecil hingga sekarang. semoga Allah membalas jasa mereka. ameen~

flashback sedikit tentang kemalangan. 1Sept.2012. 12.30pm lebih2. ummi yang sedang memandu nak masuk simpang, tengah slow ok. tiba2 dumm!!! van dari belakang laju merempuh kereta honda ummi. xsempat mengelak, maka tersadailah kami di atas kaki lima masjid Shah Alam, dan merempuh dinding pagar masjid tu. aku dalam kereta tersentak, sekelip mata terperosok di lantai kereta. terhentak and tersepit di antara seat driver and seat belakang. terasa sempit dada, waktu tu terasa dunia berpusing, aku separa sedar, hampir pengsan. but pelukan ibu itu seperti 1kuasa magic yang menenangkan. aku ditenangkan ummi, di ajar mengucap, dan untuk beberapa minit, aku kembali normal. tapi, kesakitan masih terasa. saat tu aku rasa nyawa aku hampir di cabut, terasa di awang-awangan. Alhamdulillah, Allah give me breath for second time. Thankfull to Allah that give me a chance.

syaitan tu jahat. sebelum hari kejadian, aku bergaduh emosi dengan seseorang. emosi aku memang xstabil waktu tu, then terdetik di hati aku ' kalau aku exident, dia ingat aku x? " dann.. dan.. dan.. benda itu berlaku. jahatnya aku~ jahatnya emosi aku~ jahatnya syaitan!!! kenapa? kenapa? kenapa mesti parents aku terlibat? jika ini dosa aku, biarlah aku yang kena bersendirian. mungkin ini sebab dosa aku, sebab tu aku ja yang cedera. mungkin. ya Allah, ampunkan segala dosa ku~

untuk dia : maafkan aku kerana menjadi punca kita jadi macam ni. aku tak mengharapkan kita bermusuh, tapi aku cuma nak tau apa yang ada dalam hati ko. memang sebelum ni, aku tak serius tunggu ko, tapi aku hairan. kenapa bila ada yang berkawan dengan aku, tak pernah menjadi, xpernah serius, semua undur diri, atau aku yang tolak. buat pengetahuan ko, dah ada pun orang tanya tentang aku, tapi aku berat hati untuk terima. mungkinkah sebab ada sedikit rasa dalam hati ni untk ko? mungkin hati ini masih ada sayang yang tersisa. MUNGKIN. tapi, bila semua ni berlaku. aku cuba terima. aku cuba buat macam xde apa2 berlaku. but ko? ko semakin jauh~ jauh dari aku. sekarang, aku ikot rentak ko, aku xnak jadi perigi yang mencari timbanya. ye~ aku terima hakikat semua ni, tapi aku perlu ambil masa. aku tau, ko pon perlu take time dengan semua tu, dan aku janji, aku janji aku xakan ganggu hidup ko dah.




" ku mencari CINTA yang diredhoi oleh Allah...
  jadi, aku lepaskan dia kerana Allah...
  dan mencintaimu dari jauh dalam sudut hati ni...
  dan aku berdoa semoga Allah menjaga mu untuk aku... "

Monday, July 9, 2012

.:: disebalik rahsia pantang-larang orang dulu-dulu ::.

Dengan NamaMU ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

pernah dengar pantang-larang dari mak cik-makcik anda? ibu-ibu anda? atau atok nenek anda? aku rasa paling terkenal pantang-larang untuk budak-budak perempuan, bila tengah masak kat dapur, tak boleh menyanyi. betul x?? betul x?? sebab diorang kata kalau nyanyi waktu masak nanti dapat suami tua. hahahaha... aku nih selalu sangat kena sound. sebab antara hobi aku adalah nyanyi waktu bila2 aku rasa nak nyanyi lah. so, di sebabkan aku anak perempuan, memang dapur lah tempat aku selalu. kadang2 tengah basuh ikan ke, basuh sayur ke, menumis ke, mesti mulut aku nie menyanyi2 apa yang terlintas kat kepala. xlama tu ada la suara yang ingatkan .. " ha, nak dapat suami tua ke yang menyanyi2 tu? " amek kau! senyap terus aku . haha. tapi bila dah makin besar ni, aku terpikir pulak. betul ke pantang larang tu? macam xlogik pon ada. pikir punya pikir, rupanya ada rahsia di sebalik pantang larang orang dolu-dolu nih. nak tau apa? jom tengok, betul x anali aku? muahahaha..



Rahsia di sebalik pantang larang.

1) jangan menyanyi kat dapur waktu masak, nanti dapat suami tua.
= sebenarnya, takot masakan tu hangit. sebab tu xbagi menyanyi, nanti leka and syoq2 menyanyi, tau2 ikan hangit. itu lah sebenarnya. setuju?? ^^' xsetuju dok diam! haha

2) jangan pakai inai waktu siang, nanti nampak dek ayam inai tu xmerah. 
= hakikatnya, xbagi pakai inai siang2 sebab nanti banyak alasan atau malas untk buat kerja rumah. right??

3) jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular datang.
= ada ke patot ular datang kalau bukak payung dalam rumah? sebenarnya, xnak bagi rumah tue semak dengan payung-payung tu bagai. haa.. kan3? 

4) jangan pijak nasi ( yg tumpah ) nanti kaki kena ketuat. 
= sebenarnya, mana elok kita pijak2 makanan, iye je tumbuh ketuat. huhu. 

5) jangan makan dalam periuk/minum dalam jag, nanti waktu kenduri kawen hujan lebat.
= sebenarnya, mana la elok anak2 dara makan dalam periuk atau minum dalam jag, xsenonoh namanya. saja nak takut2 kan org perempuan supaya nanti kenduri dia cuaca baik. 

* nie lah serba sikit pantang larang nye. yang mana sebenarnya xmenggalakkan budak2 buat perangai xsemenggah mcm tu. hehehe.. 

Saturday, June 30, 2012

.:: kerana kamu ::.


Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


kerana kamu ...


aku sering tersenyum,
terkadang marah menguasai,
serius seketika buat penawar hati,
tetapi tertawa kemudiannya ...


kerana kamu...


apabila berjumpa umpama anjing dan kucing,
pertelingkahan sering berlaku,
sindir, perli, tidak lekang dari kami,
namun ...
ketawa juga yang mengakhiri ...


tika sepi engkau menjelma,
tika keseorangan engkau muncul menjadi teman,
tapi, itu hanya seketika, 
kerana masih ada yang lebih memerlukan ...


kerana kamu...


datang tanpa menjemput,
pergi tanpa di suruh,
adakah aku hanya tempat persinggahan?
ataukah hanya ingin di permainkan?


dalam sunyi, dalam sepi,
hati kecil ini merindui,
mengharap pada yang tak pasti,
dan menjadikannya ia realiti ...




" tingkahlaku mu menghiburkan, 
tiada lakonan darimu,
membuatkan aku ingin berdamping denganmu,
walau ia tak mungkin berlaku "



- kerana kamu -

Thursday, June 21, 2012

.:: temanku the best! ::.

Assalamualaikum w.b.t




Ya Allah, rindunya kt kawan2. kawan2 waktu kecik2 dulu, hehe kalau ingat, nak tergelak pun ada. sebab kawan dengan budak laki. huhu. kawan dengan budak perempuan waktu sekolah je. haha. pasti umo 6tahun dulu. tak terjumpa pulak kawan2 lama ni, kat facebook pun xada. semoga mereka dibawah Rahmat Allah.

Tapi, kawan2 yang waktu darjah 1 dulu memang still contact. Alhamdulillah hubungan kami still rapat. sebabnya, aku darjah 1 sampai tingkatan 3 aku sekolah yang sama. so, kawan2 pun masih yang sama. tapi, bertambah dan berkurang setiap tahun. ada yang keluar sekolah, ada juga yang baru masuk. paling aku rapat waktu kecik sampai besar dengan Siti Sara dan Nur Afiqah, lepastu bila naik menengah kawan aku mula jadi lawan, entah kerana apa? hee..kalau korang nak tahu, dulu aku keluar sekolah sekejap waktu drjah3. aku pergi ke Tahfiz. hehe dan aku mempunyai sahabt yang sangat baik, nama dia Musfirah Binti Roshaimi. sampai sekarang aku tak jumpa dia =,= sedihnya. lama sangat xjumpa. rindu sangat2.


bila aku berpindah sekolah, aku paling takot nak tinggalkan sahabat2 aku di sekolah lama. aku takot aku xdapat teman2 yang sebaik sahabat2 aku yang lain.tapi, perasaan aku meleset, tatkala aku berpindah sekolah baru. Alhamdulillah, kawan2 kat situ baik2 belaka. suka sangat kawan dengan diorang :) dan aku ada kawan baik. kadang2 kami macam kembar. nama dia Nurul 'Atiqah Mokhtar. pernah gaduh sekejap dulu. bila pikir2 zaman xmatang, nak tergelak je. hee..


Bila habis sekolah, facebook mula berkembang, saat inilah aku amek kesempatan untuk berhubung kembali dengan kawan2 lama aku. Alhamdulillah, aku mula bersahabat kembali. walaupun sudah lama aku xberhubung, jarak dan masa tu tak pernah menghalang kami untuk rapat kembali. senang hati bila kawan2 mula ramai. dan prihatin sangat dengan aku. terutama Hanis Othman dan juga Anees Adleena. syukran semua.


Ramai kan kawan2 aku. serius aku sayang sangat dengan diorang. bila dah mula belajar di UIA, aku pun banyak kawan2. ada yang rapat, ada yang tak. kwn yg paling rapat dari mula orientasi kt PJ sampai sekarang pun ada.. xpenah lost contact, aku n kwn2 panggil dia cik wangi, sebab nama dia Izzatul 'Athirah Wahid Zukni, panggil cik wangi sebab nama 'Athirah, brmksud yang wangi. heee.. ramai lagi kwn2 aku yg rapat. tapi, aku hairan. orang yang aku rapat ni lah selalu sangat nak gaduh. yang selalu gaduh dengan Nurul Atikah Poniran and Saiyyidah Nafisah Hassan. memang selalu sangat gaduh, dari CFS sampai lah ke Gombak nih. walaupun kami selalu gaduh, tapi aku tahu kami sentiasa caring each other. mungkin memory ni yg akan kami ingat bila masing-masing bawak haluan sendiri. :) 


Alhamdulillah, bila berpindah di Gombak pula, aku mula rapat dengan roomate aku. ada junior jugak. diorang memang best :) thanx korang sebab luang masa dengan aku, tolong aku, belanja aku. espclly Syazwani Zamri. hee.. sayang korang. lepas nie, duduk bilik baru. kawan pun baru lah kan? semoga mereka baik2 je. hee..

okeylah, time to sleep~ selamat malam semua.

aulia said: 
" bersahabatlah dengan kejujuran, andai itu yang membawa kita kepada kebahagiaan "
-aulia Love Him -

Wednesday, June 20, 2012

.:: syukur hanya padaNya ::.

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah 'ala kullihal.. agak2 dah 2 minggu aku cuti, dan tak ada apa2 aktiviti lagi buat masa ni. Cuma plannye aku nak amek lesen. hee ^__^ abah dan ummi dah survey semua tempat institut memandu kat kawasan2 berdekatan ni. so, aku cuma bersedia je. hehe . Oh! tapi ada 1benda yang aku tengah pikir, nak ke xnak? jadi Committee Convest di UIAM, cadangnya memang nak! tapi, disebabkan aku nak amek lesen, lepastu nak jadi committee? hurm, dilema~ sebab aku nie jenis buat kerja focus satu2, maksodnya aku xsuka buat 2keje dalam 1masa. Sebab tu kalau ada assignment, aku dapat je terus cari bahan. tapi, kadang2 orang lain himpun dulu semua tugasan tu, baru carik bahan. Oh! not me okkey? aku xsuka. takut xboleh bagi commitment yang sebetulnya. lagi pun, ummi abah aku mesti xbagi jugak. xpe lah, bukan rezki aku lagi kot?


okeylah! malas nak cerita panjang2, sekarang aku cuma nak fokus pada LESEN!! yeay~ hehe. nak diceritakan, hari ni jugak aku dapat result final. Alhamdulillah aku ucapkan. Syukur hanya pada Allah. sebab apa-apa pun yang terjadi, kita hanya mampu berserah pada Allah. Alhamdulillah again, aku bersyukur walaupun bukan Dean List, tapi syukur lah Allah memberi kejayaan kepada aku. semoga aku dan sahabat2 serta semua sentiasa berjaya dunia akhirat jugak. i.Allah~


Ingatlah kalian~ Ilmu bukan pada Pointer, tetapi Ilmu itu diukur pada tahap pengamalan seseorang. Ilmu itu diukur apabila kita berhadapan dengan masyarakat. Ilmu itu juga diukur pada tahap keperibadian dan akhlak kita. ketahuilah, sesungguhnya Ilmu yang manfaat itu lebih bernilai dari segalanya.. 


kata semangat dari aulia :
" berusahalah untuk mendapat kedudukan tinggi di mata ALLAH, bukan kedudukan tinggi di mata MANUSIA, kerana manusia itu tidak pernah senang dengan kesenangan temannya sendiri "



Friday, June 15, 2012

.:: i'm back ::.

Assalamualaikum w.b.t


aku kembali! yeay~ bebas dalam dunia ku sendiri. haha. nampaknya lama juga tak update blog kesayanganku ini. ye lah, hidup sebagai pelajar seringkali tidak mengizinkan aku untuk mengupdate blog ni, apa lagi menjengah. Buat masa ni, UIAM sedang bercuti semester bermula sabtu yang lepas, dan hari ini baru lah aku dapat mencoret-coret buat meluangkan sedikit waktu untuk idea aku yang tidak sempat-sempat  nak merembes ni. huhu. ntah apa la yang aku merapik kan? 


Alhamdulillah, 3minggu yang lepas aku meniti hari dan melalui peperangan di Universiti aku. ntah apa la keputusannya nanti? aku hanya mengharap yang terbaik sahaja. I.Allah. mohon doa dari kalian ye? semoga keputusan aku setimpal dengan usaha aku selama ini. 


Bermulanya cuti aku tanpa apa-apa agenda, plannya berderet-deret, tapi 1pun belom jalan. nampaknya kalau cuti aku yang 3bulan ni tidak ada apa-apa aktiviti, memang mati kebosanan lah aku.. huaaarrrggg~ (^O^)  eh? jeles ke aku cuti 3bulan? nak buat macam mana memang cuti aku lama pon? hehehe. mula-mula memang seronok kot, tapi bila dah seminggu cuti tanpa apa-apa plan, memang rasa nak belajar pulak. haa, inilah tanda manusia yang tidak berapa bersyukur. hehe. aku lah ni. 


agak-agak kalau cuti lama, boleh ke setiap hari aku update? ntah-ntah nak jengah pun tak ada masa. adoiy~ ye lah, nama ja cuti panjang, tapi aku jugak lah suri rumah sepenuh masa. memang cukup pakej, cuma tak ada husband je. haha. oh! nampaknya aku kena cari plan semoga aku tidak lah menjadi suri rumah. hehe. ehh2, bukan aku mengelak, tapi sakit kepala aku di buatnya dengan anak-anak orang nih. adoiy laa. nanti lama-lama aku jadi boring. pastu nanti aku tak kahwin pulak? haha (over x sampai xkawen? sape lah nak kt aku. kuikuikui)


di harapnya, semoga cuti ni aku manfaatkan sebaiknya. sapa tengah cuti?? jom kongsi apa aktiviti anda di rumah? sambil-sambil boleh cadangkan aku apa aktiviti yang best. heee.. ^__^


aulia said : masa itu harta yang paling berharga, maka gunakan ia sebaiknya. syukran.


Monday, May 21, 2012

.:: sesuatu yang hilang ::.



sesuatu itu... telah hilang, entah ke mana? entah di mana? 
terkadang ada yang meminta untuk berkongsi dengan mereka,
tetapi hati ini tidak betah untuk memilikinya bersama...

sesuatu itu... membuatkan aku tertanya-tanya...
dimanakah? dimanakah ia? atau sebenarnya ada dihadapan ku, 
tetapi ia terhijab oleh pandangan ku?

sesuatu itu... membuatkan aku dilema, keliru, celaru, entah apakah ia?
sakit! pedih! tanpa ia... tetapi sesuatu itu hilang..

setiap hari aku memohon pada Tuhan,
" اللهم اهدني الصراط المستقيم "
tunjuk kan lah aku jalan yang lurus ya Allah...
tunjukkan lah sesuatu itu pada ku...
supaya aku tidak lagi ternanti-nanti,
terkeliru, entah apa lagi perasaan itu...

sesuatu yang hilang itu...
aku pasti ia amat berharga...
sangat-sangat di perlukan untuk menemani jalan sepi ku...

semoga satu hari nanti...
sesuatu itu akan menjelma kembali~






Tuesday, April 3, 2012

.:: Only Love You ::.




Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...masih panjang lagi umurku...tetapi makin pendek jarakku dengan Allah.. 21 tahun yang lalu..02.April.1991 bersamaan 17.Ramadhan.1411. aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. kehidupan ku dari kecil di uji dengan berbagai ujian. Berkat kesabaran Ummi dan Abah yang menjagaku dalam kesakitan, ALhamdulillah sehingga sekarang (21tahun) aku hidup. Di sini, aku Ingin Imbas serba-sedikit kisah ku ketika kecil..di awal kelahiranku, aku menghidap penyakit kulit. yang mana ummi dan abah ku tidak tahu bagaimana untuk mengubati. ummi cerita, " dulu, waktu ummi nak mandikan engkau, engkau menangis..ummi pun menangis..sebab apa? sebab penyakit kulitku dan bada aku yang semakin hari semakin tembam seperti belon yang di pam. darah keluar di celah-celah rekahan badan aku" selama 4tahun aku menghidap penyakit kulit tu. Alhamdulillah Ummi dan abah dapat cari ubat yang dapat memulihkan aku. kami menggunakan homeophaty, sejak hari tu keluarga aku guna ubat tu sampai sekarang. TERIMA KASIH UMMI ABAH <3


Itu kisah dahulu, ^__^  bila makin besar, makin menjadi perangai aku..SYUKRAN UMMI ABAH kerana sanggup melayani karenah aku sampai sekaran. sayang UMMI ABAH <3 <3 <3  nak tau?? dulu adik-beradik aku di hantar di KEDAH sekolah berasrama dari umur 7tahun. dari abang sulong, hingga adik. cumanya tak semua yang habis kat situ. abg ke2 dan kakak je yang habis. hehe... aku ni banyak karenah kot. asal kena hantar je menangis. sikit-sikit menangis. nak tau bila ak tak nangis? waktu aku masuk UIA je kot aku tak nangis, sebab rumah dah dekat. hehehe...Manje kan? biarlah! manje dengan Ummi dan Abah aku jugak.huhu


semakin hari, aku semakin rasa kematangan aku.(perasankan?) hehehe..tapi betul lah aku ada rasa kelainan setiap kali umur aku meningkat. hehe. Alhamdulillah kerana Allah masih menganugerahkan aku nikmatNya. syukran Allah. semoga aku tidak leka. Amin~  


kamu-kamu semua! pernah tidak kamu mengucapkan TERIMA KASIH kepada IBU dan AYAH kamu diatas kelahiran kamu? dari dulu aku teringin nak ucap semua tu. TAPI aku ni EGO kottt...huhu.. tahun lepas pun pernah berazam nak wish Thanx to ummi abah..lagi-lagi UMMI lah kan...tapi, tak terbuat juga...huhu...


Alhamdulillah tahun ni, tercapai juga azam yang bertahun-tahun ingat nak buat. hehehe.. mula-mula segan sangat nak cakap..bila fikir-fikir..tak kan lah nak ummi ucap kat kita kan? heheh..last-last buang Ego tu jauh2..Buang segan tu abes-abes...baru ucap. Alhamdulillah tertunai jugak tau niat aku selama ni. nak tau aku ucap macam mana?? 




" Ummi, terima kasih tau..sebab lahirkan achik. 
achik minta maaf banyak-banyak untuk kesilapan selama ni.
Ummi selalu-selalu la doakan untuk achik jadi anak yang baik dan solehah ye T__T "


Ummi aku pulak...


" kenapa pulak terima kasih untuk ummi? i.Allah Ummi doakan selalu "


nak tau?? waktu aku tengah cakap dengan ummi tu, air mata aku dah bergenang..sob3...huhu..tapi, tak taulah ummi aku mcm mane? tapi waktu aku cakap tu Ummi macam diam je.. seriusly aku sedih, tak tau kenape? huhu...Ummi, achik sayang sangat2 dekat ummi dengan abah. maafkan segala karenah achik yang ntah ape2 ni. huhu..tapi, achik tak ucap pulak dekat abah. sebab semalam abah xde. huhu..tak pelah ada rezki nanti achik buat. hehe...


apa-apa pun Ummi and Abah is The Best for Me <3 <3 <3 
tanpa mereka, tiadalah aku...tanpa ALlah, tiadalah kami semua.
Syukran Ya Allah atas nikmatMu...
Syukran ummi abah kerana melaksanakan segala-galanya kepada kami adik-beradik. 



The last is song for them that i love....

" satu-satu saya SAYANG ALLAH...
 dua-dua SAYANG RASULULLLAH...
 tiga-tiga SAYANG UMMI ABAH....
1,2,3 SAYANG SEMUANYA............."

Sunday, April 1, 2012

.:: syair Qalbi ::.





<3 Syair Qalbi <3

Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi,
Lambang cinta nan bersemi dalam hati sanubari,
Pada Dia Yang Terpuji, Ya Ilahi Ya Rajai

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara

Syair qalbi, lidah yang fasih,
Pantun hati, madah terpilih,
Gurindam jiwa…
Tulis dan bersih, tanda kasih,
Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara





.:: ujian itu Tarbiyyah Allah 2 ::.

salam buat semua pembaca <3 <3 <3

semalam aku ada cerita kisah untie yang di timpa ujian kan? okey, hari ini ada khabaran gembira dari pihak mereka. Alhamdulillah baby untie tu ada ja jantina nya, cuma penyampai berita mungkin salah faham atau tersalah dengar. Alhamdulillah, untie tu dapat baby boy. cuma keadaannya masih perlu di beri perhatian dari pihak hospital. i.Allah semuanya akan berjalan dengan lancar dan semoga ia dipermudahkan oleh ALlah, Allah lebih mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. aku hanya mampu berdoa untuk mereka. dan diharapkan anda pun tidak terkecuali untuk mendoakan mereka. :) thanks semua <3



 di kesempatan ini, aku juga ingin memohon didoakan kakak iparku dan baby sihat2 sebab 2,3 hari lepas kakak aku mengalami tumpah darah. asyik berulang ke hospital.tapi baby dalam kandungan okkey je dan sekarang sudah mencapai 4bulan. mohon doa dari kalian agar kedua-duanya sentiasa sihat sehingga bersalin nanti. xsabar pulak aku nak nengok bakal anak sedara ni, semua teringin lelaki. di sebabkan dah 2 orang perempuan. wah~ lama kot xpegang baby. i will count for this baby. exited (^___^)

Saturday, March 31, 2012

.:: Ujian itu Tarbiyyah Allah ::.

Assalamu'alaikum w.b.t.....

wahh~ pagi-pagi macam ni aku dah boleh update blog?? haha..itu tanda nya aku tak tido. di sebabkan menghabiskan tugasan dan tanggungjawab sebagai pelajar, lebih direct is aku buat assignment yang tak habis-habis lagi. di sebabkan boring+mengantuk, aku pun bukak lah blog yang sekian lama tidak berupdate dan tidak terurus ni. huhu...orite, back to the title. .:: Ujian itu Tarbiyyah Allah ::.

nak tau tak kenapa aku buat tajuk tu? baru-baru ni aku ada melawat orang bersalin, dan ini adalah anak yang ke7, tapi 6tahun lepas anaknya yang keenam telah meninggal pada umur 2tahun setengah. Ujian pertama.
ok, untie ni baru bersalin secara pembedahan, seriusly aku first time melawat orang bersalin ni. waktu kakak ipar aku bersalin, selalunya aku tak cuti. huhu.. okey, berbalik pada cerita. first aku sampai di katilnya, sebak+bergenang air mata aku seketika, tetapi aku cuba tahan supaya tiada siapa perasan. lama di situ, mula tanyakan si baby. ayahnya bagitau baby di ICU, jantina xdapat di pastikan dan kemungkinan sindrom, namun hati-hati kami cuba berdoa supaya ia tidak terjadi. ya Allah!! ujian apakah ini? Ujian kedua.

kami cuba untuk kurangkan kesakitan untie dengan mengurut-urut kaki dan tangannya. untie cakap : " tak ada apa-apa persiapan pun untuk baby, event his name" dan mukanya mula merah dan sebak. ummi and mak cik ku cuba tenangkan dia. kami hanya boleh bantu dengan kata-kata dan doa. ummi cakap: " cik, doalah banyak-banyak semoga di permudahkan semuanya, Allah sayang cik sebab tu Dia bagi ujian ni kt cik. banyakkan bersabar dan berdoa" aku mula bergenang dan sebak, seriusly i'm very touching. dan aku nampak air mata bergenang di tubir mata untie tu. serius, sekarang, ketika aku taip post ni pon aku sangat2 sebak. 

about her family. anak sulongnya sekarang sedang menjalani latihan di kem tentera, yang kedua dan ketiga mungkin bekerja,keempat sedang belajar, dan akan menduduki SPM this year,kelima pun still belajar dan akan menduduki PMR,kelima meninggal, and the latest is baby. bukan aku nak buka aib orang atau fitnah, tapi cuma pengajaran buat diriku dan teman-teman yang sudi membaca artikel ni. kembali pada cerita, anak yg sulong till 3rd are boy, dan yang bawah tu semua perempuan. mereka ni agak sosial, tapi laki cara laki dan perempuan cara perempuan. tapi, parent mereka sangat baik bagi aku. marah, marah jugak. baik, baik jugak. tapi dari segi ni, aku memang nampak ujian terhadap parent tersebut. ujian ketiga. anak-anak.

nak di ceritakan, anaknye yang meninggal dunia tu perempuan, nama pun sedap, sangat baik. waktu kecik-kecik dah nampak kebaikannya, ramai yang menyayanginya...tapi, janji Allah itu pasti. Allah lebih sayang dia..tanggal Disember 2006 dia kembali pada Khaliqnya. Allah, aku sangat sedih, sebab budak ni sangat rapat dengan aku, tidak terbayang wajahnya ketika meninggal, seperti budak kecil yang sedang mengulit mimpi. Al-Fatihah. aku sangat rindukannya. hari beliau meninggal, ibu bapanya paling tidak dapat terima kenyataan itu. kami hanya menagisi pemergiannya. ujian terhadap mereka, semoga tabah ye. aku sentiasa doa untuk kamu. dan ketauhilah, syurga sudah dekat dengan kamu berdua ( parent mereka )

kini, 2012 ujian itu kembali. tetapi dengan cara yang berbeza. babynya tidak sihat. Allahumma solli 'ala Muhammad. untie ni belum lagi melihat wajah anaknya kerana selepas pembedahan baby itu terus di bawa ke wad ICU untuk pemeriksaan lanjut dan penjagaan yang rapi. semoga baby untie sihat dan akan di permudahkan segalanya untuk untie. aku cuma boleh berdoa dalam hati, tidak terkeluar kata-kata semangatku ketika aku melawat untie di hospital tempoh hari.kerana sebak yang melebihi.

dengan ini, aku mohon pada sesiapa yang membaca artikel yang tidak seberapa ini untuk mendoakan kesihatan baby dan untie tersebut. kita boleh mengubah takdir dengan doa, i.Allah jika Allah izinkan. semoga mak cik dan pak cik tabah dalam menempuh segala ujian ini, dan supaya anak-anak mereka bermuhasabah diri dan dapat berfikir dengan segala yang terjadi pada keluarga mereka. 

akhir kalam, renungilah kata-kata ini. .:: Ujian itu TArbiyyah Allah, maka Redhoilah kerana disebaliknya tersembunyi 1000 hikmah ::.  semoga mereka sentiasa redha dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi. pak cik, mak cik, INGAT syurga menanti anda bidadari kecil akan sentiasa menunggu anda di hadapan pintu syurga untuk membawa anda masuk ke syurga bersama dia. dan bidadari kecil itu juga akan membantu memberi minum kepada anda dari telaga al-kauthar ketika hari pembalasan nanti. semoga pak cik dan mak cik tabah, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mak cik dan pak cik.




<3 Ujian Allah manis jika kita Ikhlas <3 
.:: semoga mak cik dan baby akan sihat dan lebih sihat. ameeennn i.Allah ::.
 love you very much <3 <3 <3

Friday, February 24, 2012

.:: dilema ::.

Dengan namaMu ya Allah yg MAha Pengasih lagi Maha Penyayang.

sudah 3 minggu belajar. tapi aku masih dilema. kenapa ya? banyak benda dalam kepala ni ada, tapi jawapan semakin kabur bila tiba hari keputusannya. Ya Allah, bantulah aku..tunjukkanlah aku jalan yang benar. ameen~

sebenarnya banyak benda nak diluahkan, tapi masa tidak mengizinkan untuk aku berlama di hadapan laptop ni. laptop pon pinjam, macam mana nak update selalu? huhu..apa2 pun aku sangat bersyukur mempunyai teman2 yang sentiasa ringan hati memberi pinjam barang mereka. :D  banyak sangat benda yang aku nak ceritakan, tapi nanti kot tunggu aku free..:) aku nak cerita tentang pengalaman aku selama 2 hari di K-FIQH. anda tahu apkah itu? nanti kan cerita dari aku..hehe..


* skema gila ayat aku..muahahhaa~ daaa...ada kelas pulak petang2 nie. :| 

Wednesday, February 1, 2012

.:: jom sihat sama2 ::.

بسم الله الرحمن الرحيم



nak tau? minum air pada waktu tersebut lebih berkesan ^__^ 
nak tau waktunya bila??? check it out~

a) 1gelas air selepas anda bangun dari tidur =ia dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman.

b) 1 gelas air selepas mandi = ia dapat membantu tekanan darah yang lebih rendah.

c) 2 gelas air, setengah jam sebelum makan = ia dapat membantu penghadaman anda.

d)1gelas sebelum anda tidur= dapat mengelak anda dari diserang strok atau serangan jantung pd tgh malam


* sumber dari enche internet ^__^
.:: jom cuba! dan amalkan..ia dapat mengekalkan kesihatan anda ^__^

.:: الحمد لله على كل حال ::.




Bismillahirrahmanirrahim....pembuka bicara ^___^

Alhamdulillah atas semua perkara..hanya Dia yg layak mendapat pujian itu..dan kepadaNya juga kita bersyukur... ^__^
semalam, result exam final dah keluar... tiada apa yang perlu aku cakap..hanya bersyukur 
kepadaNya.. terima kasih Ya Allah..
sesungguhnya aku ini hamba yang tidak pernah bersyukur..
tidak banyak amalanku padaMu..
tidak pernah istiqamah dengan amalan2 ibadat..
tapi..Engkau masih menyayangiku dan mengasihaniku...
Engkau masih beri rezki yang tidak terhingga untukku..
terima kasih ya Allah..aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau beri..

ya Allah..semoga aku tetap dalam bimbinganMu..ameenn..
kepada rakan-rakan..syukran jazilan kepada anda yang sering beri semangat untuk aku..
kepada roomate ^__^ classmate ^__^ and dulu soulmate..
tapi sekarang enemy?friend?bestfriend? i dont know wht can i call him..
terima kasih kerana menganggu aku waktu exam hari tu..
dan mengacau hidup aku...u know..i'll never forget that time..=__=

apa pun berlaku..itu adalah takdir dariNya..
apa pun aku dapat..itu adalah rezki dariNya..
aku hanya perlu bersyukur...
apa-apa pun aku happy n sedih ( dalam senyap) sebab itu je yang aku mampu beri kepada Ummi n Abah aku..
achik minta maaf..kalau keputusan achik tak memberangsangkan..
achik akan terus berusaha untuk beri kegembiraan yang asli kpd ummi n abah <3 <3 <3

.:: nak lebihkan usaha dan mulakan plan baru untuk sem akan datang..
please pray 4 me ^__^ ::.

Monday, January 30, 2012

.:: kini ku kembali ::.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

HUrm..lame gila xberblog..cuti pon dah nak abes..tapi xterupdate blog nih..sebabnya..saya Malas..hehehe..
idea mmg byk..bila tengah masak, kadang2 tercetus idea " ok..nanti boleh update kt blog"
......... lama jugak nak updatenya..sampaikan idea pon dah hilang..hehehe...
itulah saya..kadang2 rajin nak menaip, tapi idea xde..tapi bila idea bercambah..malas pulak nak menaip..huhuh..
tapi hari nie, rasa nak taip jugak walaupon hari nie mood keseluruhannya adalah MALAS. hehhee
urm..sebenarnya nak keluar..tapi malas..bila fikir2 tak pe lah..bila lagi nak keluar dengan my ummi kan? heee..
result will come out tomorrow..haisyehhh~ lagilah malas nak nengok plus takot lagi..
apa2 pon..mohon teman2 doakan yang terbaik buat aku ye..syukran


Sunday, October 30, 2011

5 Fakta yg anda perlu tau!!!


1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Monday, October 24, 2011

tips2 murah rezki


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم
ومن يتّق الله يجعل له مخرجاَ * ويرزقه من حيث لا يحتسب* ومن يتوكّل على الله فهو حسبه*
إنّ الله بالغ أمره قد جعل الله بكل شيء قدراَ* -الطلاق-

Maksudnya: “ barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan beri jalan keluar kepadanya, dan memberi rezki dari arah yang tidak di sangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah berinya kecukupan kepadanya, dan sesungguhNya Allah melaksanakan urusanNya,sungguh Allah mengadakan ketentuan terhadap sesuatu. ”

Dengan izinNya, siapa yang mengamalkan ayat di atas, maka kamu akan merasai sendiri kemanisan hikmah di dalam ayat tersebut.
Okey, aku ada cerita nak bagitau korang..dia berkaitan dengan ayat yang kat atas ni jugak. Ok, aku ada seorang teman nie, nak kata dia miskin xde la sangat. Tapi dia xjugak kaya. Di ringkaskan ceritanya, dia ni sederhana ja. Tapi, dia xde jugak buat pinjaman PTPTN or ape2. Cuma dia kata, dia mohon bantuan kerajaan. Erm, xkisah la kan..hehe..
Yang aku nak ceritanya, dia suka mengamalkan ayat nie, selepas subuh atau sebelum pegi kelas. Dia pun ada cerita yang dia mengamalkan Ma’thurat setiap pagi, tp dia cakap kadang2 lupa jugak. Nak tau kenapa dia cerita semua kt aku? Sebab aku tengok, dia nie murah sangat rezkinya, padahal dia xde duit sangat, lagi2 hujung2 bulan macam nie.
Amalan2 macam tue lah yang mmbuatkan dia murah rezki tue. Mungkinlah, dia kata pada mata kasar yang tue lah boleh membuatkan bila2 je dia dapat rezki. Dia boleh terfikir benda nie, sejak 2,3 kali selepas dia amalkan ayat2 tue n Mathurat. Hal first yang dia Nampak waktu dia and kwn2 nye pegi study kt library. Tiba2 ada sorang kwn dia nie Tanya, ‘korang free x esok?(ujung minggu)’ yang lain ckp la: free je.xde pape program pon. Yang kwn nie gtau la, ada orang mintak kita semua jadi fesi, sebab kekurangan fesi, pegi balik di hantar n ambik, makan free, duit poket ada la dalam RM20/30.
So, di sebabkan free, diorang pun pegi la kem tue. Dia cakap padahal waktu tu memang tengah save duit pon, Alhamdulillah lepas program tu, pihak penganjur bagi sampul, balik tu baru buka. Ya Allah! Memang dia sangat bersyukur (aku pon exited je dengar cerita dia) hehe.
Alhamdulillah, diorang yg jadi fesi nie dapat la upah sorang RM40. Nampak kan? Rezki Allah tu kat mana2 je. Bila2 je dia boleh bagi.
Hal k2 pula, dia cakap hari isnin-khamis dia selalu puasa, sebab parents dia selalu ingatkan hal tue, mula2 dia cakap nak buat tu memang susah.
Tapi, tambah lagi dia xberapa ada duit, dia pon boleh je puasa. Hari tu pulak kwn2 pegi beli makanan, salah sorang dari kwn2 dia nie beli lebih untuk kwn yg sorang lagi, tapi kwn nie ada janji nak berbuka ngn kwn laen, so kwn yg beli makanan tu bagi la kt dia, tp dia simpan untuk bukak puasa, then dia cakap la. Esok dia bayar la makanan tu. Kwn nie cakap, xpayah la..aku belanja ko. Terkejut la kwn aku nih, dia kata xpa.. nanti dia bayar. Kwn tu xbagi jugak.dia tegaskan jugak dia belanja..
So, kwn aku ni pon amek je la. Dah org nak belanja kan? Haha..kalau aku pun dah rembat!! Xyah Tanya 2,3 kali..hahaha..(^o^)
Nampakkan? Kalau kita boros macam mana pun, dah Allah nak bg rezki kt kita, dapat jugak. Sebenarnya banyak je cerita yang dia cerita kt aku, tapi aku xlarat nak cerita kt korang. Hehehe..yang aku nak kongsi kt korang nie memang patut bgtau..orang kata: jgn kedekut ilmu. Hehe.
Okey, nie tips2 yang dia bagi kt aku. Tips untuk murah rezki..i.ALLAH.
Cuba la amalkan ye (^___^) aku pun sedang mengamalkan.semoga kita di murahkan rezki..okkey..jom tengok apa tips2 nye..caauuwww~

1-    Baca ayat 1000 dinar (ayat kt atas tadi) –xkira la korang nak baca waktu bila, tp kwn aku ni suka amal waktu pagi, sebelum pg kelas, kadang2 dalam doa lepas solat,kadang2 bila teringat terus baca and sebelum tidur.
2-    Baca Ma’thurat –selepas subuh/waktu dhuha and selepas asar
3-    Solat dhuha –kalau boleh dalam seminggu buat la 2,3 kali atau bila berkesempatan. J
4-    Baca surah Waqi’ah –lepas maghrib
5-    Doa murah rezki setiap lepas solat.





Inilah tips2 nya. Jom amalkan!! Semoga rezki kita di luaskan..

*kadang2 kita tidak Nampak ada hikmah dalam setiap benda yg d lakukan. Ada Ilmu jangan kedekut nak kongsi yeee…saya budak baru belajar, kalau salah tolong tegur2 kan..heee…^___^

Sunday, October 2, 2011

teringinnya~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam seukhwah kepada anda! sebenarnya banyak benda nak cerita..tapi, xtau lah macam tak bersemangat pulak... ini pon saja2 ja nak write down apa yang kempunannye..hehe..
aku teringin sangat..nak tau teringin apa?? 
teringin nak jadi penulis..xkisah la novel ke..komik ke..motivasi ke..huhu
tapi memang teringin jadi penulis..rasa2 aku ada bakat x?? hehe...
macam mana nak jadi penulis eh?? serius aku nak sangat...please!! tell me how?? 
hurm..lagi2 bila hobi aku nie membaca...semua aku baca...and bila baca dan tengok cara penulisan mereka2 tue, lagi rasa nak jadi penulis...aku dah plan..tapi, xtau lah jadi ke x? 
ingat nak buat perlahan2...buat sikit2 dulu...then, hantar kt mana2..okey x?
heeee....(^___^) 
ada apa2 nasihat atau kritikan tentang keinginan aku nie x? huhu..
kalo ada, please show it! 
thanx to all of U~ 




* rasa2 bakat ada tak? doa2kan...heee...-ithinkiloveyou-

Sunday, September 25, 2011

Thankful to Allah

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah..setiap yang berlaku ada hikmahnya...
dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..Alhamdulillah dah masuk 2minggu dah kelas bermula..dan Syukur berjalan lancar..walaupon masih blur waktu lecturer brsyarah..huhu..and Alhamdulillah dapat juga teman dalam satu kelas...ye lah dah jadi mangsa Bro.Asri hari tue..huhu..nak cerita kat sini..apa2 pon masalah kita pasti ada cara untuk keluar dari masalah tersebut..xpercaya?? cuba muhasabah diri kembali~ 

Kita sebagai hamba Allah pasti ada sahaja ujian yg Dia akan berikan..ia adalah salah satu pengukur iman kita terhadapNya..sama ada kita selalu mengingatiNya ketika dilanda ujian..atau kita sering bermarah2 dengan apa yang terjadi..aku, sebagai hamba yang hina lagi dina...banyak sangat melakukan khilaf..terkadang aku mengeluh dengan ujian yg d berikan..terkadang aku bersyukur..tapi hanya sedikit...ya Allah! ampunkanlah hambaMu ini...
aku sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan..dan kamu juga..so, sama2 lah kita saling mengingati antara kita..semoga dengan nasihat dan teguran, dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita, dan mengupgradekan iman kita..i.Allah...^___^

jom sama2 kita Thank to Allah s.w.t atas semua yang berlaku dalam hidup kita...let's listen this song..ilike soo much!! heee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...