Sunday, April 1, 2012

.:: syair Qalbi ::.





<3 Syair Qalbi <3

Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi,
Lambang cinta nan bersemi dalam hati sanubari,
Pada Dia Yang Terpuji, Ya Ilahi Ya Rajai

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara

Syair qalbi, lidah yang fasih,
Pantun hati, madah terpilih,
Gurindam jiwa…
Tulis dan bersih, tanda kasih,
Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara





.:: ujian itu Tarbiyyah Allah 2 ::.

salam buat semua pembaca <3 <3 <3

semalam aku ada cerita kisah untie yang di timpa ujian kan? okey, hari ini ada khabaran gembira dari pihak mereka. Alhamdulillah baby untie tu ada ja jantina nya, cuma penyampai berita mungkin salah faham atau tersalah dengar. Alhamdulillah, untie tu dapat baby boy. cuma keadaannya masih perlu di beri perhatian dari pihak hospital. i.Allah semuanya akan berjalan dengan lancar dan semoga ia dipermudahkan oleh ALlah, Allah lebih mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. aku hanya mampu berdoa untuk mereka. dan diharapkan anda pun tidak terkecuali untuk mendoakan mereka. :) thanks semua <3



 di kesempatan ini, aku juga ingin memohon didoakan kakak iparku dan baby sihat2 sebab 2,3 hari lepas kakak aku mengalami tumpah darah. asyik berulang ke hospital.tapi baby dalam kandungan okkey je dan sekarang sudah mencapai 4bulan. mohon doa dari kalian agar kedua-duanya sentiasa sihat sehingga bersalin nanti. xsabar pulak aku nak nengok bakal anak sedara ni, semua teringin lelaki. di sebabkan dah 2 orang perempuan. wah~ lama kot xpegang baby. i will count for this baby. exited (^___^)

Saturday, March 31, 2012

.:: Ujian itu Tarbiyyah Allah ::.

Assalamu'alaikum w.b.t.....

wahh~ pagi-pagi macam ni aku dah boleh update blog?? haha..itu tanda nya aku tak tido. di sebabkan menghabiskan tugasan dan tanggungjawab sebagai pelajar, lebih direct is aku buat assignment yang tak habis-habis lagi. di sebabkan boring+mengantuk, aku pun bukak lah blog yang sekian lama tidak berupdate dan tidak terurus ni. huhu...orite, back to the title. .:: Ujian itu Tarbiyyah Allah ::.

nak tau tak kenapa aku buat tajuk tu? baru-baru ni aku ada melawat orang bersalin, dan ini adalah anak yang ke7, tapi 6tahun lepas anaknya yang keenam telah meninggal pada umur 2tahun setengah. Ujian pertama.
ok, untie ni baru bersalin secara pembedahan, seriusly aku first time melawat orang bersalin ni. waktu kakak ipar aku bersalin, selalunya aku tak cuti. huhu.. okey, berbalik pada cerita. first aku sampai di katilnya, sebak+bergenang air mata aku seketika, tetapi aku cuba tahan supaya tiada siapa perasan. lama di situ, mula tanyakan si baby. ayahnya bagitau baby di ICU, jantina xdapat di pastikan dan kemungkinan sindrom, namun hati-hati kami cuba berdoa supaya ia tidak terjadi. ya Allah!! ujian apakah ini? Ujian kedua.

kami cuba untuk kurangkan kesakitan untie dengan mengurut-urut kaki dan tangannya. untie cakap : " tak ada apa-apa persiapan pun untuk baby, event his name" dan mukanya mula merah dan sebak. ummi and mak cik ku cuba tenangkan dia. kami hanya boleh bantu dengan kata-kata dan doa. ummi cakap: " cik, doalah banyak-banyak semoga di permudahkan semuanya, Allah sayang cik sebab tu Dia bagi ujian ni kt cik. banyakkan bersabar dan berdoa" aku mula bergenang dan sebak, seriusly i'm very touching. dan aku nampak air mata bergenang di tubir mata untie tu. serius, sekarang, ketika aku taip post ni pon aku sangat2 sebak. 

about her family. anak sulongnya sekarang sedang menjalani latihan di kem tentera, yang kedua dan ketiga mungkin bekerja,keempat sedang belajar, dan akan menduduki SPM this year,kelima pun still belajar dan akan menduduki PMR,kelima meninggal, and the latest is baby. bukan aku nak buka aib orang atau fitnah, tapi cuma pengajaran buat diriku dan teman-teman yang sudi membaca artikel ni. kembali pada cerita, anak yg sulong till 3rd are boy, dan yang bawah tu semua perempuan. mereka ni agak sosial, tapi laki cara laki dan perempuan cara perempuan. tapi, parent mereka sangat baik bagi aku. marah, marah jugak. baik, baik jugak. tapi dari segi ni, aku memang nampak ujian terhadap parent tersebut. ujian ketiga. anak-anak.

nak di ceritakan, anaknye yang meninggal dunia tu perempuan, nama pun sedap, sangat baik. waktu kecik-kecik dah nampak kebaikannya, ramai yang menyayanginya...tapi, janji Allah itu pasti. Allah lebih sayang dia..tanggal Disember 2006 dia kembali pada Khaliqnya. Allah, aku sangat sedih, sebab budak ni sangat rapat dengan aku, tidak terbayang wajahnya ketika meninggal, seperti budak kecil yang sedang mengulit mimpi. Al-Fatihah. aku sangat rindukannya. hari beliau meninggal, ibu bapanya paling tidak dapat terima kenyataan itu. kami hanya menagisi pemergiannya. ujian terhadap mereka, semoga tabah ye. aku sentiasa doa untuk kamu. dan ketauhilah, syurga sudah dekat dengan kamu berdua ( parent mereka )

kini, 2012 ujian itu kembali. tetapi dengan cara yang berbeza. babynya tidak sihat. Allahumma solli 'ala Muhammad. untie ni belum lagi melihat wajah anaknya kerana selepas pembedahan baby itu terus di bawa ke wad ICU untuk pemeriksaan lanjut dan penjagaan yang rapi. semoga baby untie sihat dan akan di permudahkan segalanya untuk untie. aku cuma boleh berdoa dalam hati, tidak terkeluar kata-kata semangatku ketika aku melawat untie di hospital tempoh hari.kerana sebak yang melebihi.

dengan ini, aku mohon pada sesiapa yang membaca artikel yang tidak seberapa ini untuk mendoakan kesihatan baby dan untie tersebut. kita boleh mengubah takdir dengan doa, i.Allah jika Allah izinkan. semoga mak cik dan pak cik tabah dalam menempuh segala ujian ini, dan supaya anak-anak mereka bermuhasabah diri dan dapat berfikir dengan segala yang terjadi pada keluarga mereka. 

akhir kalam, renungilah kata-kata ini. .:: Ujian itu TArbiyyah Allah, maka Redhoilah kerana disebaliknya tersembunyi 1000 hikmah ::.  semoga mereka sentiasa redha dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi. pak cik, mak cik, INGAT syurga menanti anda bidadari kecil akan sentiasa menunggu anda di hadapan pintu syurga untuk membawa anda masuk ke syurga bersama dia. dan bidadari kecil itu juga akan membantu memberi minum kepada anda dari telaga al-kauthar ketika hari pembalasan nanti. semoga pak cik dan mak cik tabah, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mak cik dan pak cik.




<3 Ujian Allah manis jika kita Ikhlas <3 
.:: semoga mak cik dan baby akan sihat dan lebih sihat. ameeennn i.Allah ::.
 love you very much <3 <3 <3

Friday, February 24, 2012

.:: dilema ::.

Dengan namaMu ya Allah yg MAha Pengasih lagi Maha Penyayang.

sudah 3 minggu belajar. tapi aku masih dilema. kenapa ya? banyak benda dalam kepala ni ada, tapi jawapan semakin kabur bila tiba hari keputusannya. Ya Allah, bantulah aku..tunjukkanlah aku jalan yang benar. ameen~

sebenarnya banyak benda nak diluahkan, tapi masa tidak mengizinkan untuk aku berlama di hadapan laptop ni. laptop pon pinjam, macam mana nak update selalu? huhu..apa2 pun aku sangat bersyukur mempunyai teman2 yang sentiasa ringan hati memberi pinjam barang mereka. :D  banyak sangat benda yang aku nak ceritakan, tapi nanti kot tunggu aku free..:) aku nak cerita tentang pengalaman aku selama 2 hari di K-FIQH. anda tahu apkah itu? nanti kan cerita dari aku..hehe..


* skema gila ayat aku..muahahhaa~ daaa...ada kelas pulak petang2 nie. :| 

Wednesday, February 1, 2012

.:: jom sihat sama2 ::.

بسم الله الرحمن الرحيم



nak tau? minum air pada waktu tersebut lebih berkesan ^__^ 
nak tau waktunya bila??? check it out~

a) 1gelas air selepas anda bangun dari tidur =ia dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman.

b) 1 gelas air selepas mandi = ia dapat membantu tekanan darah yang lebih rendah.

c) 2 gelas air, setengah jam sebelum makan = ia dapat membantu penghadaman anda.

d)1gelas sebelum anda tidur= dapat mengelak anda dari diserang strok atau serangan jantung pd tgh malam


* sumber dari enche internet ^__^
.:: jom cuba! dan amalkan..ia dapat mengekalkan kesihatan anda ^__^

.:: الحمد لله على كل حال ::.




Bismillahirrahmanirrahim....pembuka bicara ^___^

Alhamdulillah atas semua perkara..hanya Dia yg layak mendapat pujian itu..dan kepadaNya juga kita bersyukur... ^__^
semalam, result exam final dah keluar... tiada apa yang perlu aku cakap..hanya bersyukur 
kepadaNya.. terima kasih Ya Allah..
sesungguhnya aku ini hamba yang tidak pernah bersyukur..
tidak banyak amalanku padaMu..
tidak pernah istiqamah dengan amalan2 ibadat..
tapi..Engkau masih menyayangiku dan mengasihaniku...
Engkau masih beri rezki yang tidak terhingga untukku..
terima kasih ya Allah..aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau beri..

ya Allah..semoga aku tetap dalam bimbinganMu..ameenn..
kepada rakan-rakan..syukran jazilan kepada anda yang sering beri semangat untuk aku..
kepada roomate ^__^ classmate ^__^ and dulu soulmate..
tapi sekarang enemy?friend?bestfriend? i dont know wht can i call him..
terima kasih kerana menganggu aku waktu exam hari tu..
dan mengacau hidup aku...u know..i'll never forget that time..=__=

apa pun berlaku..itu adalah takdir dariNya..
apa pun aku dapat..itu adalah rezki dariNya..
aku hanya perlu bersyukur...
apa-apa pun aku happy n sedih ( dalam senyap) sebab itu je yang aku mampu beri kepada Ummi n Abah aku..
achik minta maaf..kalau keputusan achik tak memberangsangkan..
achik akan terus berusaha untuk beri kegembiraan yang asli kpd ummi n abah <3 <3 <3

.:: nak lebihkan usaha dan mulakan plan baru untuk sem akan datang..
please pray 4 me ^__^ ::.

Monday, January 30, 2012

.:: kini ku kembali ::.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

HUrm..lame gila xberblog..cuti pon dah nak abes..tapi xterupdate blog nih..sebabnya..saya Malas..hehehe..
idea mmg byk..bila tengah masak, kadang2 tercetus idea " ok..nanti boleh update kt blog"
......... lama jugak nak updatenya..sampaikan idea pon dah hilang..hehehe...
itulah saya..kadang2 rajin nak menaip, tapi idea xde..tapi bila idea bercambah..malas pulak nak menaip..huhuh..
tapi hari nie, rasa nak taip jugak walaupon hari nie mood keseluruhannya adalah MALAS. hehhee
urm..sebenarnya nak keluar..tapi malas..bila fikir2 tak pe lah..bila lagi nak keluar dengan my ummi kan? heee..
result will come out tomorrow..haisyehhh~ lagilah malas nak nengok plus takot lagi..
apa2 pon..mohon teman2 doakan yang terbaik buat aku ye..syukran


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...