Tuesday, April 3, 2012

.:: Only Love You ::.




Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...masih panjang lagi umurku...tetapi makin pendek jarakku dengan Allah.. 21 tahun yang lalu..02.April.1991 bersamaan 17.Ramadhan.1411. aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. kehidupan ku dari kecil di uji dengan berbagai ujian. Berkat kesabaran Ummi dan Abah yang menjagaku dalam kesakitan, ALhamdulillah sehingga sekarang (21tahun) aku hidup. Di sini, aku Ingin Imbas serba-sedikit kisah ku ketika kecil..di awal kelahiranku, aku menghidap penyakit kulit. yang mana ummi dan abah ku tidak tahu bagaimana untuk mengubati. ummi cerita, " dulu, waktu ummi nak mandikan engkau, engkau menangis..ummi pun menangis..sebab apa? sebab penyakit kulitku dan bada aku yang semakin hari semakin tembam seperti belon yang di pam. darah keluar di celah-celah rekahan badan aku" selama 4tahun aku menghidap penyakit kulit tu. Alhamdulillah Ummi dan abah dapat cari ubat yang dapat memulihkan aku. kami menggunakan homeophaty, sejak hari tu keluarga aku guna ubat tu sampai sekarang. TERIMA KASIH UMMI ABAH <3


Itu kisah dahulu, ^__^  bila makin besar, makin menjadi perangai aku..SYUKRAN UMMI ABAH kerana sanggup melayani karenah aku sampai sekaran. sayang UMMI ABAH <3 <3 <3  nak tau?? dulu adik-beradik aku di hantar di KEDAH sekolah berasrama dari umur 7tahun. dari abang sulong, hingga adik. cumanya tak semua yang habis kat situ. abg ke2 dan kakak je yang habis. hehe... aku ni banyak karenah kot. asal kena hantar je menangis. sikit-sikit menangis. nak tau bila ak tak nangis? waktu aku masuk UIA je kot aku tak nangis, sebab rumah dah dekat. hehehe...Manje kan? biarlah! manje dengan Ummi dan Abah aku jugak.huhu


semakin hari, aku semakin rasa kematangan aku.(perasankan?) hehehe..tapi betul lah aku ada rasa kelainan setiap kali umur aku meningkat. hehe. Alhamdulillah kerana Allah masih menganugerahkan aku nikmatNya. syukran Allah. semoga aku tidak leka. Amin~  


kamu-kamu semua! pernah tidak kamu mengucapkan TERIMA KASIH kepada IBU dan AYAH kamu diatas kelahiran kamu? dari dulu aku teringin nak ucap semua tu. TAPI aku ni EGO kottt...huhu.. tahun lepas pun pernah berazam nak wish Thanx to ummi abah..lagi-lagi UMMI lah kan...tapi, tak terbuat juga...huhu...


Alhamdulillah tahun ni, tercapai juga azam yang bertahun-tahun ingat nak buat. hehehe.. mula-mula segan sangat nak cakap..bila fikir-fikir..tak kan lah nak ummi ucap kat kita kan? heheh..last-last buang Ego tu jauh2..Buang segan tu abes-abes...baru ucap. Alhamdulillah tertunai jugak tau niat aku selama ni. nak tau aku ucap macam mana?? 




" Ummi, terima kasih tau..sebab lahirkan achik. 
achik minta maaf banyak-banyak untuk kesilapan selama ni.
Ummi selalu-selalu la doakan untuk achik jadi anak yang baik dan solehah ye T__T "


Ummi aku pulak...


" kenapa pulak terima kasih untuk ummi? i.Allah Ummi doakan selalu "


nak tau?? waktu aku tengah cakap dengan ummi tu, air mata aku dah bergenang..sob3...huhu..tapi, tak taulah ummi aku mcm mane? tapi waktu aku cakap tu Ummi macam diam je.. seriusly aku sedih, tak tau kenape? huhu...Ummi, achik sayang sangat2 dekat ummi dengan abah. maafkan segala karenah achik yang ntah ape2 ni. huhu..tapi, achik tak ucap pulak dekat abah. sebab semalam abah xde. huhu..tak pelah ada rezki nanti achik buat. hehe...


apa-apa pun Ummi and Abah is The Best for Me <3 <3 <3 
tanpa mereka, tiadalah aku...tanpa ALlah, tiadalah kami semua.
Syukran Ya Allah atas nikmatMu...
Syukran ummi abah kerana melaksanakan segala-galanya kepada kami adik-beradik. 



The last is song for them that i love....

" satu-satu saya SAYANG ALLAH...
 dua-dua SAYANG RASULULLLAH...
 tiga-tiga SAYANG UMMI ABAH....
1,2,3 SAYANG SEMUANYA............."

Sunday, April 1, 2012

.:: syair Qalbi ::.





<3 Syair Qalbi <3

Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi,
Lambang cinta nan bersemi dalam hati sanubari,
Pada Dia Yang Terpuji, Ya Ilahi Ya Rajai

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara

Syair qalbi, lidah yang fasih,
Pantun hati, madah terpilih,
Gurindam jiwa…
Tulis dan bersih, tanda kasih,
Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara





.:: ujian itu Tarbiyyah Allah 2 ::.

salam buat semua pembaca <3 <3 <3

semalam aku ada cerita kisah untie yang di timpa ujian kan? okey, hari ini ada khabaran gembira dari pihak mereka. Alhamdulillah baby untie tu ada ja jantina nya, cuma penyampai berita mungkin salah faham atau tersalah dengar. Alhamdulillah, untie tu dapat baby boy. cuma keadaannya masih perlu di beri perhatian dari pihak hospital. i.Allah semuanya akan berjalan dengan lancar dan semoga ia dipermudahkan oleh ALlah, Allah lebih mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. aku hanya mampu berdoa untuk mereka. dan diharapkan anda pun tidak terkecuali untuk mendoakan mereka. :) thanks semua <3



 di kesempatan ini, aku juga ingin memohon didoakan kakak iparku dan baby sihat2 sebab 2,3 hari lepas kakak aku mengalami tumpah darah. asyik berulang ke hospital.tapi baby dalam kandungan okkey je dan sekarang sudah mencapai 4bulan. mohon doa dari kalian agar kedua-duanya sentiasa sihat sehingga bersalin nanti. xsabar pulak aku nak nengok bakal anak sedara ni, semua teringin lelaki. di sebabkan dah 2 orang perempuan. wah~ lama kot xpegang baby. i will count for this baby. exited (^___^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...