Saturday, June 30, 2012

.:: kerana kamu ::.


Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


kerana kamu ...


aku sering tersenyum,
terkadang marah menguasai,
serius seketika buat penawar hati,
tetapi tertawa kemudiannya ...


kerana kamu...


apabila berjumpa umpama anjing dan kucing,
pertelingkahan sering berlaku,
sindir, perli, tidak lekang dari kami,
namun ...
ketawa juga yang mengakhiri ...


tika sepi engkau menjelma,
tika keseorangan engkau muncul menjadi teman,
tapi, itu hanya seketika, 
kerana masih ada yang lebih memerlukan ...


kerana kamu...


datang tanpa menjemput,
pergi tanpa di suruh,
adakah aku hanya tempat persinggahan?
ataukah hanya ingin di permainkan?


dalam sunyi, dalam sepi,
hati kecil ini merindui,
mengharap pada yang tak pasti,
dan menjadikannya ia realiti ...




" tingkahlaku mu menghiburkan, 
tiada lakonan darimu,
membuatkan aku ingin berdamping denganmu,
walau ia tak mungkin berlaku "



- kerana kamu -

Thursday, June 21, 2012

.:: temanku the best! ::.

Assalamualaikum w.b.t




Ya Allah, rindunya kt kawan2. kawan2 waktu kecik2 dulu, hehe kalau ingat, nak tergelak pun ada. sebab kawan dengan budak laki. huhu. kawan dengan budak perempuan waktu sekolah je. haha. pasti umo 6tahun dulu. tak terjumpa pulak kawan2 lama ni, kat facebook pun xada. semoga mereka dibawah Rahmat Allah.

Tapi, kawan2 yang waktu darjah 1 dulu memang still contact. Alhamdulillah hubungan kami still rapat. sebabnya, aku darjah 1 sampai tingkatan 3 aku sekolah yang sama. so, kawan2 pun masih yang sama. tapi, bertambah dan berkurang setiap tahun. ada yang keluar sekolah, ada juga yang baru masuk. paling aku rapat waktu kecik sampai besar dengan Siti Sara dan Nur Afiqah, lepastu bila naik menengah kawan aku mula jadi lawan, entah kerana apa? hee..kalau korang nak tahu, dulu aku keluar sekolah sekejap waktu drjah3. aku pergi ke Tahfiz. hehe dan aku mempunyai sahabt yang sangat baik, nama dia Musfirah Binti Roshaimi. sampai sekarang aku tak jumpa dia =,= sedihnya. lama sangat xjumpa. rindu sangat2.


bila aku berpindah sekolah, aku paling takot nak tinggalkan sahabat2 aku di sekolah lama. aku takot aku xdapat teman2 yang sebaik sahabat2 aku yang lain.tapi, perasaan aku meleset, tatkala aku berpindah sekolah baru. Alhamdulillah, kawan2 kat situ baik2 belaka. suka sangat kawan dengan diorang :) dan aku ada kawan baik. kadang2 kami macam kembar. nama dia Nurul 'Atiqah Mokhtar. pernah gaduh sekejap dulu. bila pikir2 zaman xmatang, nak tergelak je. hee..


Bila habis sekolah, facebook mula berkembang, saat inilah aku amek kesempatan untuk berhubung kembali dengan kawan2 lama aku. Alhamdulillah, aku mula bersahabat kembali. walaupun sudah lama aku xberhubung, jarak dan masa tu tak pernah menghalang kami untuk rapat kembali. senang hati bila kawan2 mula ramai. dan prihatin sangat dengan aku. terutama Hanis Othman dan juga Anees Adleena. syukran semua.


Ramai kan kawan2 aku. serius aku sayang sangat dengan diorang. bila dah mula belajar di UIA, aku pun banyak kawan2. ada yang rapat, ada yang tak. kwn yg paling rapat dari mula orientasi kt PJ sampai sekarang pun ada.. xpenah lost contact, aku n kwn2 panggil dia cik wangi, sebab nama dia Izzatul 'Athirah Wahid Zukni, panggil cik wangi sebab nama 'Athirah, brmksud yang wangi. heee.. ramai lagi kwn2 aku yg rapat. tapi, aku hairan. orang yang aku rapat ni lah selalu sangat nak gaduh. yang selalu gaduh dengan Nurul Atikah Poniran and Saiyyidah Nafisah Hassan. memang selalu sangat gaduh, dari CFS sampai lah ke Gombak nih. walaupun kami selalu gaduh, tapi aku tahu kami sentiasa caring each other. mungkin memory ni yg akan kami ingat bila masing-masing bawak haluan sendiri. :) 


Alhamdulillah, bila berpindah di Gombak pula, aku mula rapat dengan roomate aku. ada junior jugak. diorang memang best :) thanx korang sebab luang masa dengan aku, tolong aku, belanja aku. espclly Syazwani Zamri. hee.. sayang korang. lepas nie, duduk bilik baru. kawan pun baru lah kan? semoga mereka baik2 je. hee..

okeylah, time to sleep~ selamat malam semua.

aulia said: 
" bersahabatlah dengan kejujuran, andai itu yang membawa kita kepada kebahagiaan "
-aulia Love Him -

Wednesday, June 20, 2012

.:: syukur hanya padaNya ::.

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah 'ala kullihal.. agak2 dah 2 minggu aku cuti, dan tak ada apa2 aktiviti lagi buat masa ni. Cuma plannye aku nak amek lesen. hee ^__^ abah dan ummi dah survey semua tempat institut memandu kat kawasan2 berdekatan ni. so, aku cuma bersedia je. hehe . Oh! tapi ada 1benda yang aku tengah pikir, nak ke xnak? jadi Committee Convest di UIAM, cadangnya memang nak! tapi, disebabkan aku nak amek lesen, lepastu nak jadi committee? hurm, dilema~ sebab aku nie jenis buat kerja focus satu2, maksodnya aku xsuka buat 2keje dalam 1masa. Sebab tu kalau ada assignment, aku dapat je terus cari bahan. tapi, kadang2 orang lain himpun dulu semua tugasan tu, baru carik bahan. Oh! not me okkey? aku xsuka. takut xboleh bagi commitment yang sebetulnya. lagi pun, ummi abah aku mesti xbagi jugak. xpe lah, bukan rezki aku lagi kot?


okeylah! malas nak cerita panjang2, sekarang aku cuma nak fokus pada LESEN!! yeay~ hehe. nak diceritakan, hari ni jugak aku dapat result final. Alhamdulillah aku ucapkan. Syukur hanya pada Allah. sebab apa-apa pun yang terjadi, kita hanya mampu berserah pada Allah. Alhamdulillah again, aku bersyukur walaupun bukan Dean List, tapi syukur lah Allah memberi kejayaan kepada aku. semoga aku dan sahabat2 serta semua sentiasa berjaya dunia akhirat jugak. i.Allah~


Ingatlah kalian~ Ilmu bukan pada Pointer, tetapi Ilmu itu diukur pada tahap pengamalan seseorang. Ilmu itu diukur apabila kita berhadapan dengan masyarakat. Ilmu itu juga diukur pada tahap keperibadian dan akhlak kita. ketahuilah, sesungguhnya Ilmu yang manfaat itu lebih bernilai dari segalanya.. 


kata semangat dari aulia :
" berusahalah untuk mendapat kedudukan tinggi di mata ALLAH, bukan kedudukan tinggi di mata MANUSIA, kerana manusia itu tidak pernah senang dengan kesenangan temannya sendiri "



Friday, June 15, 2012

.:: i'm back ::.

Assalamualaikum w.b.t


aku kembali! yeay~ bebas dalam dunia ku sendiri. haha. nampaknya lama juga tak update blog kesayanganku ini. ye lah, hidup sebagai pelajar seringkali tidak mengizinkan aku untuk mengupdate blog ni, apa lagi menjengah. Buat masa ni, UIAM sedang bercuti semester bermula sabtu yang lepas, dan hari ini baru lah aku dapat mencoret-coret buat meluangkan sedikit waktu untuk idea aku yang tidak sempat-sempat  nak merembes ni. huhu. ntah apa la yang aku merapik kan? 


Alhamdulillah, 3minggu yang lepas aku meniti hari dan melalui peperangan di Universiti aku. ntah apa la keputusannya nanti? aku hanya mengharap yang terbaik sahaja. I.Allah. mohon doa dari kalian ye? semoga keputusan aku setimpal dengan usaha aku selama ini. 


Bermulanya cuti aku tanpa apa-apa agenda, plannya berderet-deret, tapi 1pun belom jalan. nampaknya kalau cuti aku yang 3bulan ni tidak ada apa-apa aktiviti, memang mati kebosanan lah aku.. huaaarrrggg~ (^O^)  eh? jeles ke aku cuti 3bulan? nak buat macam mana memang cuti aku lama pon? hehehe. mula-mula memang seronok kot, tapi bila dah seminggu cuti tanpa apa-apa plan, memang rasa nak belajar pulak. haa, inilah tanda manusia yang tidak berapa bersyukur. hehe. aku lah ni. 


agak-agak kalau cuti lama, boleh ke setiap hari aku update? ntah-ntah nak jengah pun tak ada masa. adoiy~ ye lah, nama ja cuti panjang, tapi aku jugak lah suri rumah sepenuh masa. memang cukup pakej, cuma tak ada husband je. haha. oh! nampaknya aku kena cari plan semoga aku tidak lah menjadi suri rumah. hehe. ehh2, bukan aku mengelak, tapi sakit kepala aku di buatnya dengan anak-anak orang nih. adoiy laa. nanti lama-lama aku jadi boring. pastu nanti aku tak kahwin pulak? haha (over x sampai xkawen? sape lah nak kt aku. kuikuikui)


di harapnya, semoga cuti ni aku manfaatkan sebaiknya. sapa tengah cuti?? jom kongsi apa aktiviti anda di rumah? sambil-sambil boleh cadangkan aku apa aktiviti yang best. heee.. ^__^


aulia said : masa itu harta yang paling berharga, maka gunakan ia sebaiknya. syukran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...