Thursday, June 21, 2012

.:: temanku the best! ::.

Assalamualaikum w.b.t




Ya Allah, rindunya kt kawan2. kawan2 waktu kecik2 dulu, hehe kalau ingat, nak tergelak pun ada. sebab kawan dengan budak laki. huhu. kawan dengan budak perempuan waktu sekolah je. haha. pasti umo 6tahun dulu. tak terjumpa pulak kawan2 lama ni, kat facebook pun xada. semoga mereka dibawah Rahmat Allah.

Tapi, kawan2 yang waktu darjah 1 dulu memang still contact. Alhamdulillah hubungan kami still rapat. sebabnya, aku darjah 1 sampai tingkatan 3 aku sekolah yang sama. so, kawan2 pun masih yang sama. tapi, bertambah dan berkurang setiap tahun. ada yang keluar sekolah, ada juga yang baru masuk. paling aku rapat waktu kecik sampai besar dengan Siti Sara dan Nur Afiqah, lepastu bila naik menengah kawan aku mula jadi lawan, entah kerana apa? hee..kalau korang nak tahu, dulu aku keluar sekolah sekejap waktu drjah3. aku pergi ke Tahfiz. hehe dan aku mempunyai sahabt yang sangat baik, nama dia Musfirah Binti Roshaimi. sampai sekarang aku tak jumpa dia =,= sedihnya. lama sangat xjumpa. rindu sangat2.


bila aku berpindah sekolah, aku paling takot nak tinggalkan sahabat2 aku di sekolah lama. aku takot aku xdapat teman2 yang sebaik sahabat2 aku yang lain.tapi, perasaan aku meleset, tatkala aku berpindah sekolah baru. Alhamdulillah, kawan2 kat situ baik2 belaka. suka sangat kawan dengan diorang :) dan aku ada kawan baik. kadang2 kami macam kembar. nama dia Nurul 'Atiqah Mokhtar. pernah gaduh sekejap dulu. bila pikir2 zaman xmatang, nak tergelak je. hee..


Bila habis sekolah, facebook mula berkembang, saat inilah aku amek kesempatan untuk berhubung kembali dengan kawan2 lama aku. Alhamdulillah, aku mula bersahabat kembali. walaupun sudah lama aku xberhubung, jarak dan masa tu tak pernah menghalang kami untuk rapat kembali. senang hati bila kawan2 mula ramai. dan prihatin sangat dengan aku. terutama Hanis Othman dan juga Anees Adleena. syukran semua.


Ramai kan kawan2 aku. serius aku sayang sangat dengan diorang. bila dah mula belajar di UIA, aku pun banyak kawan2. ada yang rapat, ada yang tak. kwn yg paling rapat dari mula orientasi kt PJ sampai sekarang pun ada.. xpenah lost contact, aku n kwn2 panggil dia cik wangi, sebab nama dia Izzatul 'Athirah Wahid Zukni, panggil cik wangi sebab nama 'Athirah, brmksud yang wangi. heee.. ramai lagi kwn2 aku yg rapat. tapi, aku hairan. orang yang aku rapat ni lah selalu sangat nak gaduh. yang selalu gaduh dengan Nurul Atikah Poniran and Saiyyidah Nafisah Hassan. memang selalu sangat gaduh, dari CFS sampai lah ke Gombak nih. walaupun kami selalu gaduh, tapi aku tahu kami sentiasa caring each other. mungkin memory ni yg akan kami ingat bila masing-masing bawak haluan sendiri. :) 


Alhamdulillah, bila berpindah di Gombak pula, aku mula rapat dengan roomate aku. ada junior jugak. diorang memang best :) thanx korang sebab luang masa dengan aku, tolong aku, belanja aku. espclly Syazwani Zamri. hee.. sayang korang. lepas nie, duduk bilik baru. kawan pun baru lah kan? semoga mereka baik2 je. hee..

okeylah, time to sleep~ selamat malam semua.

aulia said: 
" bersahabatlah dengan kejujuran, andai itu yang membawa kita kepada kebahagiaan "
-aulia Love Him -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...