Saturday, June 30, 2012

.:: kerana kamu ::.


Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


kerana kamu ...


aku sering tersenyum,
terkadang marah menguasai,
serius seketika buat penawar hati,
tetapi tertawa kemudiannya ...


kerana kamu...


apabila berjumpa umpama anjing dan kucing,
pertelingkahan sering berlaku,
sindir, perli, tidak lekang dari kami,
namun ...
ketawa juga yang mengakhiri ...


tika sepi engkau menjelma,
tika keseorangan engkau muncul menjadi teman,
tapi, itu hanya seketika, 
kerana masih ada yang lebih memerlukan ...


kerana kamu...


datang tanpa menjemput,
pergi tanpa di suruh,
adakah aku hanya tempat persinggahan?
ataukah hanya ingin di permainkan?


dalam sunyi, dalam sepi,
hati kecil ini merindui,
mengharap pada yang tak pasti,
dan menjadikannya ia realiti ...




" tingkahlaku mu menghiburkan, 
tiada lakonan darimu,
membuatkan aku ingin berdamping denganmu,
walau ia tak mungkin berlaku "



- kerana kamu -

4 comments:

  1. huiii...andai mmg dia ditakdirkan untuk kau..gembiralah atau jika sebaliknya berdoalah agar timbul ketenangan di hati..usah gusar.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu... hanya berserah pdNya. Dia lebih mngetahui.. hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...